” So sweet, lama-kelamaan terbiasa sudah.. ” – Netizen

Video Gelagat Alisa Aisyah Menyiapkan Bapanya, Hairul Azreen Pergi Bekerja Raih Perhatian Peminat. Wah, Pandainya Alisa Keringkan Rambut Daddy Dan Pakaikan Kasut Daddy. Baru Umur 3 Tahun Lebih, Tapi Dah Boleh Harap !!

Meninjau ke satu akaun Instagram, perkongsian video Alisa Aisyah bersama bapanya, Hairul Azreen telah meraih perhatian peminat. Sehingga artikel ini ditulis, p0sting tersebut telah pun menerima lebih 1 ribu tanda suka daripada warganet.

Video yang berdurasi beberapa saat ini memaparkan gelagat Alisa menyiapkan bapanya. Tidak pasti hendak ke mana namun pastinya Hairul ingin keluar bekerja. Apa yang menarik ialah Alisa cukup pandai mempersiapkan bapanya.

Alisa telah mengeringkan rambut Hairul dengan menggunakan mesin pengering rambut dan kemudiannya Alisa menyediakan kasut untuk Hairul. Wah, baru berusia 3 tahun sudah pandai melakukan kerja-kerja sedemikian.

Nampaknya Alisa sememangnya seorang anak yang manja dengan bapanya. Alisa dah boleh melakukan kerja-kerja rumah yang lainlah selepas ini kerana Alisa dilihat sangat rajin dan mengikut arahan. Alahai, comel betul.

Jom tonton video di bawah :

Ada yang menyatakan rutin ini akan menjadi kebiasaan buat Alisa jika selalu dibuat. Antara komen-komen yang diberikan :

” Alhamdulillah… InsyaAllah. Lama kelamaan terbiasa sudah So sweet. anak manja daddy.. so cute.. so clever.. “

” Ish, ger4mlah, comel.. budak tembam dah kurus lah alisa.. ishhh, comel betul alisa ni.. daddy’ girl sangat ni.. “

Memang betul apa yang dikatakan oleh netizen. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Mendidik anak-anak ini hendaklah sejak dari kecil lagi kerana pada masa itu mereka akan menerima sahaja apa yang diajar sama ada baik atau tidak baik.

Jadi amalan-amalan baik hendaklah selalu ditunjukkan oleh ibubapa sejak dari kecil lagi agar ia menjadi amalan buat si anak. Semoga Alisa Aisyah membesar menjadi anal yang rajin serta baik dan juga berjaya dalam kehidupan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Alisaaisyahhairulazreen

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..