” Manalah Maryam tak excited, kek lawa sangat. Tang rambut tu yang mahal.. ” – Netizen

Video Reaksi Anak Fizo Omar, Wan Maryam Ketika Melihat Kek Hari Lahir Khas Untuknya Raih Perhatian Peminat. Wow Cantik Betul Kek Maryam, Sampai Ke Sudah Maryam Tak Nak Pot0ng Kek. Gelak Excited Tu Comel Lah Cik Yam !!

Pada 29 Disember baru-baru ini genaplah usia anak Fizo Omar, Wan Maryam yang ke 5 tahun. Pejam celik, pejam celik sudah besar Maryam. Seperti kebiasaan, setiap tahun hari lahir Maryam pasti disambut dengan tema yang berbeza.

Meninjau akaun Instagram Fizo Omar, telah dikongsikan satu video yang memaparkan reaksi Maryam ketika Fizo membawakan kek hari lahirnya. Dapat dilihat pada permukaan kek ini, wajah Maryam dilukis di atasnya.

Hasil seni baker kek ini mendapat pujian daripada ramai warganet. Maryam jelas kelihatan terujanya apabila melihat wajah sendiri di atas kek. Dengan rambut kerintingnya, memang cantik sungguh kek Maryam ini.

Suara ketawa Maryam dek kerana terlalu gembira juga seronok didengar. Kalau sebegini keknya, bukan anak sahaja yang excited, mak ayah pun excited sama. Tulis Fizo di videonya itu, last-last nak pot0ng pun sayang.

Jom tonton video di bawah :

Di Instagram Mawar Karim juga ada dikongsikan gambar-gambar Maryam bersama tema-tema sambutan hari lahirnya sebelum ini.

(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

(Klik butang KANAN > untuk menonton gambar dan video seterusnya.. )

Perkongsian ini telahpun menarik perhatian warganet dan ramai yang memuji kek Maryam itu. Antara komen-komen mereka :

” Happy Birthday cik yam… nampak nau excited tgk kek gambar dia…. moga membesar dgn sihat n jd anak solehah.. “

” Cantiknya kek birthday Maryam, berbakat betul baker tu. Happiest Birthday to Cik Yam. semoga panjang umur murah rezki sentiasa jadi anak yg solehah aamiin.. “

” Selamat hari lahir maryam. Seronok maryam, lawanya kek siap 3d tu. Manalah Maryam tak excited kek lawa g1la. Tang rambut tu mahal.. “

” Comel kek cik yam.. happy betul ye dia. kalau kita pun sayang nak pot0ng kek lawa camni. Suh daddy beli kek lain Cik Yam hehe.. “

” HAPPY BIRTHDAY PRETTY PRINCESS. Semoga Wan Maryam di rahmati Allah swt sihat walafiat anak yg soleha yg pandai yg cantik manis comel berjaya dunia akh1rat di permudahkan segala urusan dan sentiasa senyum ceria bahagia bersama family tersayang.. “

” Cantiknya kek birthday cik yam, excitednya cikyam tengok kek sendiri. Happy dgr cikyam gelak. Ish sayang nak makan ni.. “

” Betul cantik kek maryam kali ni, rumit dan berseni lagi-lagi tang rambut tu. Memang sayanglah Maryam nak pot0ng haha. Anyway happy birthday Maryam sayang.. “

Gembira Maryam dan ini antara kek hari lahir Maryam yang paling cantik. Rasanya belum terlewat untuk kami di Berita Kopak mengucapkan selamat hari lahir untuk Maryam. Semoga Maryam menjadi anak yang solehah dan membanggakan kedua orang tua selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fizo Omar, IG Mawar Karim

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..