” Siapa nak meminang anak kita, 7 tempayan hati nyamuk.. ” – Tunku Azizah
Raja Permaisuri Agong Kongsi Video Memasak Juadah Acar Buah Dalam kawah Seperti Ingin Kenduri Kahwin, Sambil Bergurau Sebut Syarat Untuk Meminang Puterinya . Wah, Semua 7 Tempayan Ni Tuanku !!
Permaisuri Agong kesayangan rakyat jelata, Tunku Azizah Aminah sememangnya seorang yang berjiwa rakyat dan merendah diri. Sering berkongsikan berbagai-bagai resepi masakannya di akaun sosial, hasil air tangan Tunku Azizah nampak menyelerakan.
Memandangkan Tunku Azizah berasal dari kerabat diraja Johor, acar buah resepi Diraja Johor pasti sesuatu yang menjadi kepakarannya . PKP yang lalu menyaksikan Tunku Azizah terlib4t secara langsung dalam menyediakan juadah buat fr0ntliner. Kehebatan Tunku Azizah memasak makanan dalam kuantiti yang banyak juga bukan perkara biasa buat dirinya.
Sekali lagi, Tunku Azizah berkongsikan hidangan istimewa acar buah Cheminahsayang yang pasti membangkitkan selera. Apa yang menariknya, Tunku memasaknya dalam sebiji periuk kawah seperti ingin membuat kenduri kahwin gayanya.
Menerusi akaun Instagram, Tunku Azizah telah berkongsikan video baginda sedang menyiapkan juadah acar buah Cheminahsayang sambil diperhatikan anak-anak baginda, Tengku Jihan dan Tengku Afzan. Sempat mengus1k dengan mengatakan seakan-akan membuat kerja kahwin, baginda secara bergurau menyatakan ‘syarat’ bagi sesiapa yang ingin meminang puterinya ini.
Jom tonton video di bawah:
( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Perkongsian ini mendapat perhatian ramai. Antara komen-komen mereka:
” Bukan dulang ye tuanku tapi tempayan teruih.. Heheheh.. “
” Tak tau lah yang mana yang nak kahwin.. terus semua l4ri HAHAHAHAHAH.. “
” Hahahaha.. comel je semua lari.. “
” Comel jee dengar tuanku cakap pasal tempayan tempayan tuu.. “
” Comel je Tengku Afzan senyum.. “
” Alamak… Mana nk cri hati nyamuk nie Tuanku.. “
” Sebut psl kawin sume lari yaa.. “
” Tunku rec0rd la lagi !!! Saya suka tengok gelag4t anak-anak tuanku.. “
” Tuanku.. Bab hantaran tu tak boleh bawak bincang.. “
Comel je bila tengok Tengku Jihan dan Tengku Afzan berlari mendengar ayat bondanya itu. Gurau senda anak beran4k keluarga Diraja yang mencuit hati. Tapi yang pasti membangkitkan selera apabila melihat acar buah hasil airtangan tuanku ini. Diharapkan semoga Tunku Azizah dikurniakan kesihatan dan umur yang panjang oleh Allah untuk terus berbakti kepada rakyat. Aamin
Silakan SHARE..
Sumber : IG SPB Raja Permaisuri Agong, IG Istana Negar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..