” Siapa nak belajar macam Aafiyah ni.. “

Video Siti Aafiyah Belajar Membaca Mencur1 Perhatian Netizen. Alahai, Bijaknya Dia Mengeja !!

Sebut sahaja nama Siti Aafiyah, pastinya ramai sudah tahu bahawa dia adalah anak kepada penyanyi nombor satu Malaysia iaitu Dato Seri Siti Nurhaliza. Wajah Aafiyah juga turut dikatakan semakin seiras ibunya apabila meningkat usianya.

Tidak seperti selebriti lain, Dato’ Siti tidak membuat akaun Instagram khas untuk anaknya, Aafiyah. Namun kebanyakan akaun Instagram yang wujud di media sosial dibuat oleh para peminat Dato’ Siti dan mempunyai pengikut yang sangat ramai.

Pada tahun ini Aafiyah akan menginjak ke usia 2 tahun. Kebiasaannya apabila kanak-kanak seusia ini sudah pelbagai perkara sudah diketahui dan dipelajari. Ada yang sudah petah berkata-kata, ada juga yang sudah pandai melakukan sesuatu perkara dengan sendiri.

Menerusi akaun Instagram, satu video Aafiyah sedang belajar telah dimuatnaik. Aafiyah diajar oleh pengasuhnya mengeja sambil Aafiyah mengikut sebiji-sebiji huruf dan sebutan daripada pengasuhnya itu. Apa yang menarik ialah Aafiyah begitu tekun sekali.

Tonton video di bawah :

” Siapa NAK belajar macam Aafiyah ni.. “

Bagusnya Aafiyah kerana rajin untuk belajar. Sebenarnya sangat bagus kanak-kanak sebesar Aafiyah didedahkan dengan ilmu pengetahuan kerana pada usia begini ingatan mereka sangat kuat. Apa sahaja yang di ajar pasti akan masuk ke dalam kepala mereka dan mudah ingat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aafiyah Khalid by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..