” OMG jauh tu berenang. Kalau aunty, tiga kali kuak dah tenggel4m.. “

Video Lara Alana Berenang Membuatkan Netizen Berasa Kagum Dengan Kehebatan Lara. Wah, Good Job Lara !!

Lara Alana merupakan anak kepada pasangan selebriti Malaysia iaitu Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya. Lara dilahirkan pada 22 Julai 2014. Pada tahun ini genaplah umur Lara 6 tahun. Seperti selebriti lain juga, Scha dan Awal membuka akaun media sosial khas untuk anak mereka sejak lahir lagi.

Sehingga hari ini akaun Instagram Lara sudah mempunyai seramai 3.8 juta orang pengikut. Betapa popularnya Lara sehingga jutaan orang mengikuti perkembangannya. Populariti Lara telah membuatkan dia memenangi Anugerah Bintang Popular Berita Harian dalam kategori Personaliti Media Sosial Popular pada tahun 2016.

Gelagat dan kepetahan Lara membuatkan ramai peminat mengikuti kehidupan Lara. Lara juga pernah muncul dalam program terbitan Astro bertajuk Lara oh Lara pada tahun 2016 yang menceritakan mengenai kehidupan Lara dari kecil lagi.

Menerusi akaun Instagram, satu video Lara telah dikongsikan. Video yang berdurasi beberapa minit itu memaparkan Lara sedang mengikuti kelas renang di sekolahnya. Lara dilihat sudah pandai mengapungkan badannya sendiri dan berenang.

Tonton video di bawah :

”  It all started with Cempaka Swimming Gala 2019, Lara is determine to learn swimming properly, and we the help of  @cempakaschools swimming team, we hope that she can conquer the pool in no time ! “

Rata-rata netizen kagum dengan kehebatan Lara yang sudah pandai berenang dengan sendiri. Antara komen-komen mereka :

” Good job Lara.. “

” Pandainya Lara.  Kalau kt swim gitu boleh jadi terkuak terus tenggel4m.  “

” Mermaid Lara to be.. “

” OMG jauh tu berenang.. Kalau aunty tiga kali kuak dah tenggel4m.. “

” Well done Lara.. “

” Lara pun pandai berenang.  Aku ni nak terapungkan diri pun tak0t.  “

” Wow perfect. Good swimmer at young age.  “

” An athlete in the making.. Nanti masuk olimpik ye. .. “

Wah, admin pun kagum melihat Lara berenang. Berenang juga adalah salah satu senaman yang baik untuk kesihatan badan kita. Tahniah diucapkan kepada Scha dan Awal kerana memberikan Lara mengikuti kelas renang. Tidak mustahil kan kalau satu hari nanti Lara akan menjadi salah seorang atlet renang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Lara Alana by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..