” Seriously kalau cakap umur 18 tahun pun orang percaya lah, tak makan tua betul.. ” – Netizen

Gambar Sekitar Majlis Sambutan Hari Lahir Nabila Razali Bersama Keluarga Dan Rakan-Rakannya. Alahai Comelnya Kek Birthday Tu. Ada Yang Tak Sangka Umur Sebenar Nabila, Nampak Awet Muda Sangat !!

Meninjau di akaun Instagram penyanyi kecil molek, Nabila Razali telah berkongsi beberapa gambar sekitar sambutan hari lahirnya. Kelihatan majlis hari lahir Nabila bertemakan warna pink disambut meriah bersama keluarga dan rakan-rakannya.

Selain berkongsi gambar-gambar, Nabila juga menitipkan kata ucapan terima kasih kepada semua yang mengucapkan selamat hari lahir dan memberikan sokongan kepadanya selama ini. Selain itu, menerusi posting lain, Nabila telah menerima kej0tan sambutan hari lahir di set penggambaran drama ‘ Kerana Cinta Itu Ada ‘ oleh kru-kru penggambaran.

Perkongsian tersebut telah menarik perhatian warganet, ada yang menyatakan tidak menyangka Nabila telah berusia 30 tahun kerana wajah dan penampilan Nabila seperti baru berusia 20 tahun lebih sahaja.

Sehingga kini posting yang dikongsikan oleh Nabila telah menerima puluhan ribu tanda suka dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Alahai comel betul kek birthday Nabila, siap ada mermaid lagi.

Ikuti perkongsian di bawah ini :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Di ruangan komen, rata-ratanya memberikan kata ucapan selamat hari lahir dan mendoakan kesejahteraan buat Nabila. Antara komen-komen menarik adalah :

” Seriously, nampak macam 20 lebih lagi. Kalau cakap umur 18 tahun pun orang percaya lah, hehe tak makan tua betul.. “

” Selamat hari lahir Nabila, forever 18 year old lah. Semoga segala urusan Nabila dipermudahkan dan cepat bertemu jodoh.. “

” Happy birthday Nabila Razali, semoga terus berjaya dalam bidang seni dan bahagia bersama keluarga tersayang.. “

” Happy birthday Nabila semoga Allah berikan kesihatan yang baik dan di berikan rezeki yg lebih baik lagi hendaknya Amin ya rabbal alamin.. “

” Happy birthday Bella sayang. Aunty doakn semoga Bella sentiasa di dalam rahmat ksih syg Allah SWT.. “

” Happy Birthday Bella. Moga terus suskes dan bertambah luas lagi rezeki dan cepat-cepat naik pelamin.. “

” Indahnya, Cantik. Btw happy birthday Nabila Razali semoga dapat jodoh, sudah 30 tahun masih nampak remaja lagi.. “

Betul-betul nampak muda lah Nabila, tak nampak macam dah masuk usia 30 tahun. Apa-apa pun kami dari Berita Kopak juga mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat hari lahir kepada Nabila. Semoga Nabila sentiasa dimurahkan rezeki dan segala urusan Nabila dipermudahkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG nabila.razali

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..