” Seri0us arr this baby, nanti Maths power ni bro.. ” – Netizen
Video Anak Nora Danish, Mohamed Neqayl Yang Baru Berusia 2 Tahun Tetapi Boleh Mengira Banyak Nombor Buat Peminat Kagum. Wah, Hebat Sangat Ni !!
Seperti mana yang kita ketahui, kanak-kanak kecil sangat mudah mengingati apa yang dipelajari. Mereka sangat mudah menghafal dan memahami apa yang diajarkan kepada mereka. Jadi sebagai ibu bapa adalah digalakkan mengajar anak sejak dari kecil lagi.
Bagi pelakon Nora Danish, beliau dilihat banyak menerapkan ilmu matematik kepada anaknya, Mohamed Neqayl atau nama manjanya NeyNey. Neyney merupakan anak kedua Nora melalui perkahwinan keduanya bersama Nedim Nazri. Pada tahun ini, usia Neyney sudah pun mencecah 2 tahun.
Sejak dari usia Neyney satu tahun lagi Neyney sudah mengenal nombor. Malah Neyney boleh mengenal nombor melebihi daripada nombor 10. Nora juga pernah berkongsi video Neyney yang mampu menulis nombor dengan menggunakan pensel. Pada waktu itu usia Neyney belum mencecah dua tahun. Hebat bukan !!
Menerusi akaun Instagram suami Nora, beliau telah berkongsi video Neyney mengira sehingga ke nombor 50. Malah mungkin lebih lagi. Ia sesuatu yang hebat bagi kanak-kanak seusia Neyney. Wah, tak mustahil boleh jadi pakar Matematik suatu hari nanti.
Jom tonton video di bawah :
Rata-rata netizen memuji kebijakan Ney Ney. Antara komen-komen mereka :
” Habis la daddy account ni .. Pandainya Abg NeyNey.. “
” Masyaallah.. such a bright boy you are Neyney.. “
” He will be very good in math… serious arrrr this baby. oh my.. clever boy.. “
” Bijaknya handsome boy ni.. pandai nya menghafal dah budak ni.. “
” Omg pandainya diaaaaaaaaaaa, me as a teacher pun nak ajar anak anak 4y sampai 20 pun tercungap cungap. Goodboy dear.. “
” Nanti maths power ni bro . boleh jd cashier n97 lagi 5 tahun.. “
” Cerdikkknyee dia niii… Mkn vitamin apa? Anak kite cakap xpndai ag, kira jauh lagi.. “
” So proud of you my cucu Neyney. You know numbers up to 100 dah kan. Dah lupa ya sayang.. “
Wah, pandai dan terang hati sungguh Neyney. Nampaknya Neyney lebih cenderung dengan matapelajaran Matematik. Lepas dah belajar nombor, bolehlah Neyney belajar operasi Matematik pula kan. Semoga Neyney menjadi seorang anak yang bijak serta berjaya suatu hari nanti.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Nedim Nazri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK/ CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..