” Semp0i je, macam suap anak makan ubat, steady Tuanku.. ” – Netizen
Video Permaisuri Agong, Tunku Azizah Menyuap Ubat Kepada Datuk Rizalman Di H0spital Dapat Pujian Ramai. Part Datuk Rizalman Tak0t Makan Ubat Tu Buat Netizen Terhibur. Ya Ampun, Penak0t Makan Ubat Rupanya !!
Umum mengetahui keakraban Datuk Rizalman iaitu pereka fesyen terkenal negara dengan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Mereka berkongsi minat yang sama iaitu daripada bidang masakan sehinggalah kepada rekaan hiasan dalaman.
Perkongsian minat dan pilihan yang sama dalam kebanyakan hal menjadikan persahabatan yang terjalin antara Datuk Rizalman dan Tunku Azizah sejak sekian lama dan sehinggalah kini masih berkekalan. Datuk Rizalman juga seringkali berkongsikan aktiviti memasak bersama Tunku Azizah.
Pereka fesyen yang berasal daripada negeri Pulau Pinang ini juga dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan persalinan Raja Permaisuri Agong serta anakanda-anakanda baginda, khususnya untuk Istiadat Pertabalan Yang Di Pertuan Agung ke-16 pada 30 Julai ini.
Terbaru, di laman Instagram Fanpage Tunku Azizah, sebuah posting berbentuk video telah dimuatnaik. Video tersebut memaparkan Tunku Azizah memberikan ubat kepada Datuk Rizalman yang dikatakan tidak sihat dan ketika ini sedang berada di hospital untuk rawatan.
Apa yang menghiburkan di dalam video tersebut adalah Datuk Rizalman telah dip4ksa untuk menelan ubat tersebut. Kedengaran Tunku Azizah memberitahu kepada Datuk supaya jangan memunt4hkan kembali ubat tersebut dan perlu menelannya.
Mari tonton keprihatinan dan layanan yang sangat baik daripada Tunku Azizah buat Datuk Rizalman dalam video di bawah ini :
Perkongsian video mendapat komen yang pelbagai daripada netizen. Mereka memuji sikap Tunku Azizah dan menyatakan keberuntungan Datuk Rizalman kerana menerima layanan sebaik itu daripada Permaisuri Agong. Ini antara komen-komen mereka :
” Sempoi je macam suap anak makan ubat, steady tuanku.. “
” Bertuahnya, Tunku Azizah suapkan ubat, penak0t makan ubat rupanya, semoga cepat sembuh, Aamiin.. “
” So sweet Tuanku, persahabatan yang tiada tolok bandingnya, best Queen, semoga cepat sembuh datorizalman Aamiin.. “
” Ya Allah bertuah Dato Rizalman merasa suapan dr Tuanku, semoga berkat dara tangan Tuanku Dato Rizalman sihat sedia kala, Aamiin.. “
Berikutan ramai yang tertanya-tanya mengenai sak1t Datuk Rizalman, terdapat sumber daripada komen yang diberikan oleh seorang netizen menyatakan Datuk Rizalman mengalami dem4m dengg1. Di bawah ini adalah screenshot komen tersebut.
Alhamdulillah, beruntungnya Datul Rizalman mendapat layanan terbaik daripada Permaisuri Agong kita. Permaisuri kesayangan rakyat Malaysia ini sememangnya penyayang orangnya. Kami di Berita Kopak mendoakan Datuk Rizalman diberikan kesembuhan dan kesihatan terhadap sak1tnya itu oleh Allah SWT. Amin..
Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Fanpage Tunku Azizah, Dato’ Rizalman
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..