” Semalam tak sangka Aafiyah tunjuk bakat dia. Subhanallah anak ibu ni !! “

Dato’ Seri Siti Nurhaliza Kongsi Video Anaknya, Siti Aafiyah Menyanyi Pelbagai Lagu Menarik Perhatian Netizen. Wah, Hebatnya Aafiyah !!

Dato’ Seri Siti Nurhaliza binti Tarudin atau lebih dikenali sebagai Siti Nurhaliza antara selebriti yang mampu bertahan popularitinya sejak dari tahun 90 an lagi. Beliau memulakan kerjayanya di industri muzik Malaysia pada usia 16 tahun selepas memenangi pertandingan nyanyian Bintang HMI anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Sepanjang kerjayanya, Dato’ Siti telah memenangi pelbagai anugerah dari dalam dan juga luar negara. Sehingga kini beliau telah memenangi hampir 300 anugerah dan penghargaan dari dalam dan luar negara. Dengan itu beliau telah muncul sebagai satu-satunya penyanyi Malaysia paling berjaya di dalam sejarah Industri Muzik Malaysia .

Dato’ Siti mempunyai seorang anak perempuan bernama Siti Aafiyah. Beliau dikurniakan anak selepas 11 tahun berkahwin. Kini, gelagat dan telatah Aafiyah sentiasa menarik perhatian peminat Dato’ Siti. Aafiyah dilahirkan pada 19 Mac 2018 di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur secara pembed4han.

Menerusi akaun Instagram, Dato’ Siti berkongsi video Aafiyah sedang menyanyi. Dato’ Siti menyatakan ini merupakan kelas vokal untuk Aafiyah kerana Aafiyah mengikut sahaja apa yang dinyanyikan oleh ibunya. Bermacam lagu yang dinyanyikan Aafiyah. Pandai sungguh la. !!

Tonton video di bawah :

” Semalam tak sangka Aafiyah tunjuk bakat dia.. Subhanallah anak ibu ni !! semoga terhibur di hujung minggu .. “

Rata-rata netizen terhibur menonton video yang dikongsikan oleh Dato’ Siti. Antara komen-komen mereka :

” Mewarisi bakat ibunya nih.. “

” Berbakat besar mcm ibunya.. “

” Besar nnti konfem suara sedap…hehehehhe.. “

” Blhla ajk aafiyah buat show pasni.. “

” Gemesin nak… Comel minta ampun.. Bernyanyi pun pintar. Kelak bisa seperti ibu @ctdk Bahkan lebih ya sayang.. “

” Mana tak tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi , Semoga menjadi anak yang solehah Aafiyah.. “

” Comelnyaaaaa…. Bakat ibu mengalir ni…. Hehehehe… “

Wah, nampaknya Aafiyah berbakat dalam nyanyian seperti ibunya dan boleh menjadi pelapis Dato’ Siti junior. Manakan tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan. Semoga Aafiyah membesar dengan sihat dan bijak serta menjadi anak yang solehah di dunia dan akhirat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dato’ Siti Nurhaliza by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..