” Dia punya cermin mata macam dia pakai senaskah buku dekat muka.. “

Video Rozita Che Wan Dukung Aaisyah Dhia Rana Sambil Bebel Cur1 Perhatian Peminat. Gaya Tu Yang Penting, Buat Peminat Terhibur !!

Siapa tidak kenal Rozita Che Wan. Pemilik wajah cantik berbulu mata lentik ini walaupun usianya sudah melepasi 40-an namun wajah ayunya tidak dimakan usia. Dilahirkan pada 9 Mac 1974 , Che Ta banyak menghiasi dunia seni tanahair menerusi lakonan dan pengacaraan selain menjadi duta bagi produk kecantikan.

Melangsungkan perkahwinan bersama pelakon Zain Saidin pada 13 Disember 2013 , mereka dikurniakan seorang cahayamata perempuan comel yang diberi nama Aaisyah Dhia Rana Zain. Dilahirkan pada tanggal 1 November 2014, Aaisyah sudahpun menjadi tumpuan netizen seluruh negara sejak dari hari pertama kelahirannya lagi.

Baik Che Ta mahupun Aaisyah, kedua-duanya memiliki jutaan peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan mereka. Boleh dikatakan setiap video atau posting yang berkaitan ibu dan anak ini sering mencur1 perhatian umum. Manakan tidak, kelibat mereka yang penuh gaya ditambah lagi kecomellan Aaisyah dan kecantikan Che Ta semestinya menjadi buah mulut. Ditambah lagi loghat utara Che Ta memang bertambah padu lagak mereka.

Menerusi akaun Instagram, Anas Zahrin memuatnaik video Che Ta mendukung Aaisyah sambil mulutnya membebel-bebel comel. Masakan tidak, Aaisyah meragam minta di dukung lepas letih shopping. Mimik muka Aaisyah memang kelakar tengok maknya membebel. Seperti biasa gaya Che Ta pasti jadi tumpuan.

Jom tonton video dibawah :

” Si Aaisyah ni lepas dia sesah duit mak dia shopping lepas tu pemal4s nak jalan.. Alamatnya pinggang mak dia yang 22inch tu jadi 8inch la angkut dia yang 15 kilo ni.. “

” HAHAHAHAH! Bayangkan dia bebel satu sunway pyramid. HAHAHAHHAHAHA.. “

” Tapi tulah, dia punya cermin mata macam dia pakai senaskah buku dekat muka. HAHAHHAAH! @rozitachewan1.. “

Rata-rata netizen nyata terhibur dengan keletah Che Ta dan Aaisyah. Antara komen-komen netizen :

” Spek senaskah buku kat muke.. Adoiii kelakorrr.. “

” Suka tengok hampa berdua kelakar.. “

” Membebelnya.. Rilek nooo aaisyah tengok mak dia.. “

” Apesal ulang 4 kali tengok video ni @anas ?? Syok tengok Che Ta membebel sambil si Aisyah tahu nyengehhh je kena dokong.. “

” Hahaha dok tengok ulang-ulang. Kelakar dengar mak dia bebel.. “

” Comel giler aaisyah ni macam tak besalah dengar mak membebel.. “

” Aisyah lekkkk je bila maknya bebel.. “

” Cakapla dukung aaisyah sambil pakai heels.. Pengs4n sis tengok ahahaha.. “

Nyata kelibat dua beranak ini mencuit hati. Untung Aaisyah pen4t shopping ada yang dukung. Walaupun Che Ta membebel panjang tak henti-henti, mimik muka Aaisyah diselangseli senyuman manisnya memang boleh buat ibunya jadi kesian.

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga keluarga kecil ini sentiasa dilimpahi rezeki dan Aaisyah membesar dengan sihat.. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Anas Zahrin by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..