” Selak tudung tu tak boleh tahan. Cute je lah Aafiyah ni.. ” – Netizen
Video Gelagat Aafiyah Bersama Pengasuh Khasnya, Dayah Zubit Yang Mencuit Hati. Amboi Pandainya Anak Ibu Ni, Pandai Pulak Diselak Tudung Tu. Comel Sangat Lah Aafiyah Ni, Sengih Tu Ger4m Tengok !!
Nama si kecil Aafiyah Khalid memang cukup popular di kalangan peminat seni. Anak sulung penyanyi kebanggaan negara, Dato’ Siti Nurhaliza ini sudah mula diikuti ramai sejak masih dalam kandungan Dato’ Siti lagi. Gelagatnya dari hari ke hari semakin banyak yang mencuit hati.
Dijaga oleh seorang pengasuh khas bertaraf jururawat bertauliah, Nur Hidayah Zubit. Lebih mesra dengan panggilan Dayah, gadis manis ini sentiasa ada di samping Aafiyah setiap masa dan ketika. Sepertimana yang diinginkan Dato’ Siti yang mahukan Aafiyah dijaga seorang yang bertanggungjawab dan penyayang, Dayah adalah pilihan yang tepat.
Di mana-mana sahaja, Aafiyah pasti bersama kakak Dayahnya ini. Aafiyah juga diajar berbagai pelajaran seperti doa dan asas huruf. Aafiyah yang ceria dan sentiasa gembira ini semakin menonjolkan minatnya pada tarian dan nyanyian. Ada sahaja gelagatnya berjoget-joget dan menyanyi riang.
Meninjau akaun Instagram Aafiyah Khalid, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Aafiyah bersama Dayah. Dayah yang merakam videonya bersama Aafiyah menyuruh Aafiyah menci0m pipinya. Apa yang mencuit hati adalah gaya Aafiyah mengulangi ciumannya itu sekali lagi kerana terkena pada tudung Dayah.
Jom tonton video di bawah :
Gelagat Aafiyah selak tudung Dayah ini menarik perhatian peminat. Tak pernah tak comel Aafiyah ni. Antara komen-komen :
” Selak tudung tu tak leh tahan hahaha, cute jelahhh aafiyah ni.. “
” Pandai selak tudung kakak. saje je tau kakak ni kan.. “
” Pandai afiyah.. selak tudong tu yg suka sgt.. “
” Haha pandai dia selak tudung. Dua-dua cute, Kakak pun comel.. “
” Allololo.. Tak cukup lahh kalau kena tudung… Msti selak tudung tue bru puas hti c afiya… Heheheh.. “
” Hahaha cute lah adik kakak ni, lawak. Si kakak tak kena tak kena kiss tu.. “
” Pandai aafiyah sayang sangat kakak dia tu. Buat ger4m je tengok tau.. “
Amboi Aafiyah pandai tau si kecik ni. Manja betul dengan kakak Dayah kesayangannya ini. Comel je tangan kecil tu selak tudung dan c1um sekali lagi. Semoga Aafiyah sentiasa ceria dan gembira bersama insan-insan tersayang dan dilindungi Allah selalu. Aamin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Aafiyah Khalid, IG Dayah Zubit
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..