” Lain muka Raissa daripada kakak-kakaknya. Macam baby doll.. ” – Netizen

Vie Shantie Khan Kongsi Wajah Terkini Anaknya, Vie Raissa Yang Kini Sudah Berusia 7 Bulan. Alahai Semakin Comel, Pipi Tembam Dan Chubby. Kus Semangat Sungguh Raissa Sekarang !!

Vie Shantie Khan antara nama usahawan yang terkenal di Malaysia. Pernah bergelar isteri kepada pelakon Datuk Eizlan Yusof, perkahwinan mereka bertahan selama tujuh tahun sebelum kedua-duanya sepakat untuk berp1sah dan memilih haluan masing-masing.

Dikurniakan dua orang puteri cantik dan seorang putera tampan persis wajah Datuk Eizlan, anak-anak mereka diberi nama Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia. Ketiga-tiganya membesar dengan penuh kasih sayang dan semakin cantik dan tampan seperti ibu bapa mereka ini.

Vie Shantie juga sudah memiliki keluarga barunya dan dia kini bahagia bersama suami barunya itu. Vie Shantie telah selamat melahirkan cahayamata pertama bagi perkahwinan keduanya ini pada 2 Januari lalu, kegembiraan mereka sekeluarga semakin bertambah. Vie Raissa mewarisi kulit putih Vie Shantie dan disayangi kakak-kakak dan abangnya.

Menerusi akaun Instagram, Vie Shantie telah berkongsikan sekeping gambar terkini anaknya Vie Raissa. Dengan rambutnya yang sudah boleh diikat, wajah Raissa tak puas dipandang mata. Macam anak patung pun ada dengan mata hitamnya yang besar tu. Alahai comelnya Raissa ni.

Jom baca perkongsian di bawah :

Wajah comel Raissa ini menarik perhatian netizen. Comel sungguh Raissa dengan badan chubby nya itu. Antara komen-komen :

” Ger4mmm pipi labuh tuuu ish ish. Cutenya baby Raissa.. “

” Canteknyaaa little angle niii. Macam bby doll.. “

” Ala cmelnya bby sorang ni.. So cute ba, mata bulat.. “

” Subhanallah Cute la Cayang Raissa. Mcm muka daddy la.. “

” Cepatnya Raissa dah besar… rasa mcm baru je mummy lahirkan Raissa si comel ni.. “

” Lain muka Raissa dari kakak2nya… Mcm amoiii comel.. “

” Cantiknyaa mata tuu.. Such a beautiful eyes.. “

Ger4mnya tengok ketul-ketul badan Raissa ni. Mata bulat Raissa tu lagi buat wajahnya tambah cute. Tengok pada badannya yang kus semangat ni ibarat berat mata memandang berat lagi tangan mendukung. Apa pun, semoga Raissa sentiasa sihat dan membesar dengan sempurna selalu. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Vie Shantie Khan

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..