” Sekali pandang ingatkan Mawar bergambar dengan Baim Wong tadi.. ” – Netizen

Gambar Terbaru Mawar Rashid Bersama Abangnya, Arfan Rashid Raih Perhatian Warganet. Wow Kacak Lah Abang Mawar, Sekali Pandang Macam Baim Wong !!

Mungkin ramai yang tak tahu yang pelakon Mawar Rashid memiliki seorang abang yang sangat seiras dengan wajahnya. Menerusi Instagram, abangnya yang dikenali sebagai Arfan Rashid ada berkongsi gambar terbaru bersama Mawar.

Perkongsian gambar itu telah meraih perhatian warganet. Ada yang tidak menyangka yang Mawar mempunyai seorang abang yang kacak. Malah ada juga yang menyatakan wajah abang Mawar kelihatan seperti pelakon Indonesia iaitu Baim Wong.

Bagi yang mengikuti akaun Instagram abang Mawar, pasti tahu Arfan sering memuatnaik gambar mahupun video bersama adik bongsunya itu. Keakraban dua beradik ini jelas terlihat dan sering menyak4t antara satu sama lain seperti yang dikongsikan di kapsyen oleh Arfan pada posting tersebut.

Sehingga kini, gambar Mawar dan Arfan telah mendapat lebih 35 ribu tanda suka daripada netizen sejak dimuatnaik ke akaun Instagram. Dengan kapsyen ‘ jom acah acah sweet adik ‘, perkongsian tersebut juga meraih lebih 70 komen setakat ini.

Ikuti perkongsian di bawah ini :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Di ruangan komen, ramai yang suka melihat gambar dua beradik ini dan memuji ketampanan abang Mawar. Antara komen-komen menarik adalah :

” Tak sangka Mawar ada abang sekacak macam ni, hehe. Sekali pandang igtkan Mawar bergambar dengan Baen Wong td.. “

” Kacaknya. Tapi tapi macam perasan abang Mawar ni ada berlakon satu drama lah, tapi tak ingat tajuk apa.. “

” Muka sama lah hehe. Handsome lah abang Mawar, single lagi tak.  Arfan ker yang berlakon dalam dunia kita berbeza, bestlah.. “

” Bukey mek klate jah comey. Jate pun comey jugok sebab tu nikoh nge ore klate, smart berdooh lah Ifran.. “

” Comey molekkkkk lah, dari zaman keek lagi kenal gfan and mawar. Suka tengok peranga1 g1la2 korang beradik.. “

” Makin handsome abang Mawar. Kalau orang tak tahu, mesti tertanya siapalah gerangan lelaki sebelah Mawar ni.. “

” Abg Arfan hensem dgn kak Mawar cantik sngt. Suka lah gambar ni, nampak sweet betul abang dan adik.. “

Amboi ramainya yang memuji abang Mawar, tapi memang kacak orangnya. Mesti abang Mawar ni ramai peminat. Apa-apa pun, semoga Mawar dan Arfan sentiasa berjaya dalam bidang yang diceburi oleh mereka.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Mawar Rashid, Arfan Rashid

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..