” Sedapnya suara kau Fimie, tak sangka pandai rap.. ” – Netizen

Video Pelakon Fimie Don Menyanyikan Lagu Ciptaannya Raih Pujian Warganet. Wow Sekali Fimie Rap Lah, P0wer !!

Nama salah seorang pelakon yang mula menceburi hiburan tanah air sejak dari kecil lagi iaitu Fimie Don adalah antara yang cukup berbakat dan dikenali ramai. Salah satu karakter lakonannya yang masih diingati sehingga kini adalah Putera Shazlan.

Karakter ini adalah hasil lakonkan oleh Fimie dalam sebuah drama bersiri kanak-kanak iaitu Hikayat Putera Shazlan. Fimie juga pernah meraih anugerah pelakon Kanak-Kanak Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-23 akan hasil bakat lakonannya itu.

Bagaimanapun, kini Fimie Don sudah pun meningkat dewasa dan pelbagai karakter lebih menarik ditawarkan kepadanya. Walaupun begitu, siapa sangka sebenarnya Fimie Don juga turut berbakat dalam nyanyian rap.

Menerui akaun Instagram Fimie sendiri beberapa hari lalu, telah memuatnaik satu perkongsian rakaman yang memaparkan dirinya sedang menyanyi lagu rap ciptaannya sendiri. Sambil menyanyi, kelihatan Fimie turut bermain gitar.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai yang menyukai video nyanyian Fimie dan memuji suaranya. Antara komen-komen warganet adalah :

” Sedapnya suara kau Fimie, tak sangka pandai rap. Rare betul lirik tu, hehe nanti share lah panjang sikit, nak dengar lagi.. “

” Sedapppp suara. I like dia punya lirik, bukan biashe biashe. Terbaik lah Fimie, memang talented betul.. “

” Mirip Randy Panggalila lah Fimie dalam video ni. Btw this song memang menarik sangat bila dengar.. “

” Sedap lagu ni macam makan rendang, hahaha. Fimie dah pandai rap sekarang, power lah beb.. “

” Bang cuba lah jadi penyanyi. Suara bang merdu. Bang jadi penyanyi saya sokong. Blh dikatakan lagu2 yang bang nyanyi semua sedap.. “

” Bapak akak tengok kau berlakon kat tv lepas tu dia cakap : ‘ berlakon dari kecik, dah bujang, dah besar ‘. Ni bukan ada bakat dalam lakonan, nyanyi pun boleh.. “

” So talented la uu, boleh pergi jauh lagi ni kalau diasah bakat tu. Suara u memang ada seni beb, good luck.. “

Wow serba boleh lah Fimie ni, suara Fimie menyanyi pun sedap. Malah lirik yang diciptanya juga sangat menarik. Apa-apa pun, semoga Fimie terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburinya dan segala urusan dipermudahkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG realfimiedon

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..