” Sedap suara nenek nyanyi untuk Ayash.. ” – Netizen

Video Anak Shuib Sepahtu, Ayash Affan Bersama Neneknya Raih Perhatian Ramai. Alahai Comelnya Ayash Tersenyum Bila Dengar Nenek Menyanyi. Suara Nenek Pun Boleh Tahan Merdu Juga !!

Ayash Affan merupakan anak bongsu Shuib Sepahtu bersama isterinya, arw4h Siti Sarah Raisuddin. Sejak dilahirkan lagi Ayash sering menjadi perhatian di media sosial. Kini usia Ayash sudah mencecah 6 bulan.

Meninjau ke akaun Instagram Salamiah Jalani iaitu ibu kepada Shuib, satu video yang dikongsikan telah meraih perhatian ramai. Video yang berdurasi beberapa saat itu memaparkan Ayash sedang memakan buah.

Dapat didengari di sebalik video tersebut suara nenek Ayash melayan Ayash. Ayash sesekali tersenyum apabila mendengar nenek memanggil namanya. Manis sungguh senyuman Ayash dan nampak begitu comel sekali.

Nenek juga turut menyanyikan lagu untuk Ayash. Alahai Ayash cucu kesayangan nenek ni, tersenyum-senyum mendengar suara nenek menyanyi. Perkongsian ini telah menerima lebih daripada 2 ribu tanda suka buat masa ini.

Jom tonton video di bawah :

Ramai memuji kemerduan suara nenek Ayash apabila menyanyi. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” Sedap suara nenek nyanyi tuk Ayash.. Semoga nenek sihat2 selalu dan dipermudahkan segala urusan.. “

” Best suara nenek.. baik baby Ayash ni.. Moga Allah permudahkn aunty jaga ayash yer.. Moga Ayash & aunty sihat sentiasa.. “

” Semoga ayyash menjadi ank soleh.. ayash kalau dengan nenek senyum sokmo.. suara nenek macam suara shuib.. “

” Clever boy ayash, merdua suara nenek.. Semoga Ayash dn nenek ny sehat dn jadi anak yg soleh.. Bagi Betik pun bagus juga.. “

” Makan apa tu ayash, comelnya senyum.. alah alah sayang nenek ni.. MasyaAllah dah mcm iras nenek, manis nya senyuman tu.. “

” Sedapnya ayash mkn baik ,rajin nenek layankan.. Comel sangat. Ayash nanti cepat bercakap sebab nenek rajin layan Ayash sembang.. “

” Alhamdulillah… Bijak ya Ayash borak Sama nenek nya tuh.. Smoga nenak sihat selalu… Smoga Ayash membesar dgn sihat… Aamiin Ya Rabbal Alamin.. “

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Ayash Affan membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh serta berjaya di dunia serta di akh1rat. Semoga dipermudahkan urusan nenek Ayash dalam membantu membesarkan Ayash.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Amy Salmi

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..