” Seb4knya background lagu. Happy Anniversary Tokti.. ” – Netizen

Dato’ Siti Nurhaliza Kongsi Video Istimewa Sempena Hari Ulangtahun Perkahwinannya Yang Ke 14. Perkongsian Dato’ Siti Buat Peminat Tersentuh !!

Nama Dato’ Siti Nurhaliza binti Tarudin terus gah dalam industri seni tanah air dan terus mekar. Mampu bertahan puluhan tahun dalam bidang nyanyian membawa satu impak yang menarik buat Dato’ Siti Nurhaliza. Kemerduan suaranya juga turut mendapat perhatian dari luar negara.

Dato’ Siti juga antara penyanyi yang bebas daripada gos1p-gos1p liar sepanjang pembabitannya dalam dunia seni. Umum mengetahui, Dato’ Siti memenangi pertandingan nyanyian Bintang HMI anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada usia 16 tahun.

Telah mendirikan rumah tangga bersama  Datuk Khalid pada tahun 2006. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini telah pun dikurniakan seorang cahaya mata perempuan setelah 12 tahun menanti. Malah, kini anak Dato’ Siti, Aafiyah juga turut menjadi perhatian ramai, lebih-lebih lagi menerusi media sosial.

Terbaru, menerusi akaun Instagram, Dato’ Siti telah berkongsi satu video yang istimewa sempena hari ulang tahun perkahwinannya yang ke-14 tahun. Video yang merakamkan Dato’ Siti bersama suami dan anak tercinta turut mendapat perhatian ramai, lebih-lebih lagi background lagu tersebut begitu menyentuh hati.

Ikuti perkongsian video tersebut di bawah :

Rata-rata peminat turut tidak ketinggalan mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan kepada Dato’ Siti yang menyambutnya pada hari ini. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Hppy anniversary kesygan Malaysia, semoga ikatan perkahwinanmu brkekalan hingga akhir nyawa… Berbahagia hingga ke syurga.. “

” Seb4knya background lagu. Moga Allah pelihara kehidupan Kak iti dan family hingga ke syurga.. “

” Selamat ulangtahun perkahwinan Tokti .. Moga kasih sayang berpanjangan hingga ke syurga dan dalam rahmat Allah.. “

” Barakallahu fiik selamat hari ulang tahun tokti n tok k semoga berbahagia bersama hingga syurga firdaus.. “

” Suka tgk family bahagia  Semoga bahagia till jannah.. Aamiin.. “

”  Tak taw knape rasa sebak tengok gembiranya ibu n ayah.. “

Wah suka sangat tengok video ni, sangat penuh bermakna. Ramai yang tahu, kehadiran Aafiyah membawa 1001 makna buat Dato’ Siti dan suaminya. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak turut mengambil kesempatan ini, mengucapkan selamat menyambut ulang tahun perkahwinan buat Dato’ Siti dan suami, semoga hubungan ini kekal hingga ke syurga. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dato’ Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah Khalid fans

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..