” Sayunya, happy sangat tengok muka TP. Madammu apa lagi kan.. ” – Netizen
Video Dan Gambar-Gambar Madammu Bersama Suami Menerima Keputusan IVF Buat Warganet Tersentuh Hati. Alhamdulillah, Penantian Selama 7 Tahun Akhirnya Berhasil. Tahniah Madammu Dan TP !!
Tiada apa yang lebih menggembirakan buat seorang wanita bergelar isteri apabila disahkan hamil. Itulah yang dialami oleh pengasas kosmetik Noir, Eriyca Baiduri ataupun lebih dikenali sebagai Madammu.
Sebagaimana yang diketahui ramai, Madammu menjalani ujian IVF dalam usahanya untuk mendapatkan zuriat. Malah Madammu juga terbuka dalam berkongsikan perjalanan IVF nya ini kepada umum.
Meninjau akaun Instagram Madammu, telah dikongsikan beberapa buah posting yang memaparkan video dan gambar-gambar ketika Madammu bersama suaminya, Tuan Azri menerima keputusan ujian tersebut.
Debaran di hati pasangan ini pastinya hanya tuhan sahaja yang tahu ketika itu. Dalam dilihat wajah gembira mereka apabila terpampang keputusannya positif. Alhamdulillah penantian 7 tahun lamanya berhasil, zuriat yang dinanti-nantikan kehadirannya.
Jom tonton video di bawah :
( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Ucapan tahniah telahpun membanj1ri posting oleh Madammu ini. Bukan mudah untuk mendapatkan hasil positif dan antara komen-komen netizen :
” Alhamdulillah syukur. tahniah madammu, doakan saya juga dalam proses ivf bulan 3 ni berjaya.. “
” Alhamdulillahh. Tahniahh madam muu. Akhirnyaa giliran madamu bunyi kan locengg. Yeayyyyy.. “
” Sayunyaa… Happy sgt tgk muka TP.. Madammu apa lg kn.. syukur ke hadrat Allah S.W.T. take care mdm. doakan sy jg 8thn ttc.. “
” Alhamdulillah..doakan saya juga moga dpt merasai moment mcm ni. jaga diri .jaga kesihatan.. semoga Allah permudhkan semu urusan.. “
” Sekali dengan kami org luar tumpang happy .. perjalanan menjadi seorang ibu impian semua wanita. Tahniah.. alhamdulillah. Jaga diri madammu. Jaga makan.. “
” Alhamdulillah tahniah, moga dipemudahkan urusan madammu mengandung & bersalin.. sedih lak tgk.. “
” Alhamdulillah Syukur…bukan senang tau 1st Ivf berjaya.. semoga Madam slmt semuanya sampai melahirkan.. “
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kerana memberikan rezeki ini untuk Madammu merasai nikmatnya mengandung. Semoga kandungan Madammu ini sihat selalu sehingga selamat melahirkan nanti. Jaga diri selalu Madammu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Madammu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..