” Sayang, betui ka depa kata gambaq kita ni macam Barbie dengan Ken ? Ching.. “

Rozita Che Wan Kongsi Gambar-Gambar Majlis Ulangtahun Perkahwinannya Yang Begitu Melet0p Sekali. Wah, Macam Pengantin Baru !!

Umum mengenali si cantik Rozita Che Wan atau pun Che Ta. Nama sebenar beliau ialah Rozita Abu Bak4r. Che Ta merupakan seorang pelawak, pelakon, pengacara dan penerbit yang terkenal di Malaysia. Che Ta telah berkahwin dengan pelakon Zain Saidin pada 13 Disember 2013.

Ia merupakan perkahwinan kali kedua Che Ta. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang cukup comel bernama Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia 5 tahun. Melalui perkahwinannya yang pertama, Che Ta mempunyai dua orang anak lelaki yang sudah meningkat remaja.

Che Ta cukup terkenal dengan siri komedi Kiah Pekasam. Wataknya di dalam drama tersebut berjaya meletakkannya sebagai salah seorang pelakon komedi wanita yang cukup digemari. Selain terkenal dengan dunia lakonan, beliau juga merupakan antara selebriti wanita yang cukup p4nas di media sosial dan sering mendapat perhatian umum.

Melalui akaun Instagram, Che Ta berkongsi gambar-gambarnya bersama suami, Zain Saidin dengan persalinan baju pengantin seolah-olah seperti baru berkahwin. Untuk pengetahuan semua,  Che Ta menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang keenam tahun semalam.

” Sayang betui ka depa kata gambaq kita ni mcm barbie dgn ken ? Ching “

Rata-rata netizen terhibur dengan ‘caption’ Che Ta mengenai gambarnya. Antara komen-komen mereka :

” Macm patung atas wedd cake pun ada jugak sisthur  tapi yg let0pp laa.. “

” Ternyata mak kandung Barbie doll asal Dari utara malaysia.. “

” Mcm pengantin baru cantik dn letop Che ta dn Zain, dress Che ta pun lawa.. “

” Barbie doll and Ken malaysia.. “

” Prnh jmpa Che ta mmg kami kata mcm barbie sunggh la. Tggi lawa.. “

” Lawanyaaa…mkn hati pengantin2 la ni.. tenggelam teruihh.. “

” Alahaiii lawonyaa cheta. Barbie muslimah hehe.. “

Lagi gambar yang dikongsi Che Ta :

 

Wah, melet0p sungguh Che Ta dengan pakaian yang begitu cantik sekali. Kami di Berita Kopak mengucapkan Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang keenam tahun kepada Che Ta dan Zain Saidin. Semoga hubungan perkahwinan berkekalan dan berbahagia hingga ke syurga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Rozita Che Wan by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..