” Pretty as always. Congrats for your upcoming wedding girl crush.. “

Ain Edruce Kongsi Gambar Majlis Mandi Bunga dan Malam Berinai Sebelum Pernikahan Beliau. Sekali Pandang Dah Macam Puteri Kayangan !!

Nuruain Edruce atau lebih dikenali sebgai Ain Edruce merupakan seorang pengacara, model dan pelakon Malaysia. Beliau mula terkenal  sebagai pengacara rancangan MBuzz. Kemunculan beliau dalam drama ‘Kekasih P4ksa Rela’ sebagai Rosnaida telah melonjak nama beliau dalam dunia lakonan.

Dilahirkan pada 4 Ogos 1991 di Taiping, Perak. Ain juga pemegang Ijazah Sarjana Komposisi Muzik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Shah Alam, Selangor. Anak ketiga daripada empat orang adik beradik.  Beliau juga pernah dikaitkan bercinta dengan seorang kerabat diraja.

Pada 18 April yang lalu, pelakon drama 30 pesanan Suara ini telah dirisik oleh ahli perniagaan dan pelumba kereta, iaitu Amirul Hafiz, 26 tahun dan bertunang pada 22 Jun 2019. Ain juga pernah berkata, beliau enggan ‘diikat’ terlalu dan hasil berbincangan dengan keluarga, pasangan ini  mengambil keputusan untuk cepatkan tarikh perkahwinan.

Memilih untuk berkahwin pada Disember 2019, Ain dan Amirul telah berkawan rapat lebih setahun yang lalu. Pernah dipersoalkan wajah kekasihnya tidak kacak, Ain mempunyai jawapan tersendiri. Bagi beliau, tiada masalah berkaitan wajah kacak atau tidak, kerana mengenali hati budi dan sefahaman itu lebih penting.

Menerusi instagram, Ain telah memuat naik beberapa keping gambar mengenai majlis mandi bunga dan malam berinai sebelum berlangsungnya majlis pernikahan dan sanding. Ain yang cantik dan manis mengenakan baju kedah serta berkain batik diraikan oleh rakan-rakan untuk berinai.

Baca perkongsian Ain Edruce d bawah :

” @the.affiliates. UPACARA MANDI BUNGA / MALAM BERINAI.. ” 

” Terima kasih semua yang hadir …  And thank you to my team for making this happen .. @megabridalcreations , @syazmoralee_henna, @norishhenna, @nuraahenna, @ekinhennadesign, @dzatu_henna, @syillaroslan_hennalovers, @haneyz_henna.. ” 

Rata- rata peminat mengucapkan tahniah kepad Ain Edruce atas berlangsungnya majlis-majlis tersebut. Antara komen-komen netizen :

” Semoga dipermudah kan segala urusan ain n amirul.. Semoga ikatan yg akan di bina ini kekal hingga ke jannah.. “

” Congrats ain! Semoga semua urusan dipermudahkan olehNya.. “

” Awwwhhh kak ain dah nak kawennnn.. “

” Tahniah lola. kem salam pak kodie dgn bijan.. “

” Tahniah KAk ain .. Semoga jdi istri yng slhah.. “

” Wah 1st time tgk artis inai style original ni hehe cntik. Btw thniah ain.. “

” Pretty as always! Congrats for your upcoming wedding girl crush!!.. “

Di bawah ini kami di Berita Kopak kongsikan lagi beberapa lagi gambar Ain sekitar majlis tersebut :

Wah.. Cantik sungguh Ain. Manis beliau memakai kain batik serta baju kedah. Beliau dilayan seperti puteri raja dengan adanya majlis mandi bunga. Apa-apa pun kami di Berita Kopak mengucapkan tahniah kepada Ain serta pasangan atas akan berlangsungnya majlis pernikahan nanti.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ain Edruce by berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..