” Saya offer cash 3K reward untuk siapa yang ternampak atau terjumpa mangkuk ayun ni.. “

Syatilla Melvin Minta Bantuan Netizen Dalam Usaha Mencari Pembantu Rumahnya Yang Lari. Namun Kapsyen Syatilla Buat Netizen Ketawa Besar. Amboii.. Mar4h Pun Kelakar !!

Siapa tidak kenal pelakon dramatis cantik jelita, Syatilla Melvin. Gadis kelahiran Parit Buntar Perak ini mempunyai bakat lakonan yang hebat. Namanya mula dikenali ramai apabila lakonannya bersama aktor Kamal Adli di dalam drama Sha dan Shah trending.

Syatilla sudahpun menikahi seorang aktor pelakon hebat, Shaheizy Sam pada 8 Februari 2016. Tarikh itu dipilih besemperna ulangtahun kelahirannya yang ke 25. Hasil perkahwinan ini telah memberikan Syatilla dua orang cahayamata diberi nama Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy.

Kekangan masa dan sibuk dengan kerjaya dan produk kosmetiknya, Syatilla mengambil pembantu rumah untuk meringankan bebanannya di rumah. Namun apa yang terjadi apabila pembantunya itu tiba-tiba melarikan diri tanpa sebarang notis dan perbincangan.

Menerusi akaun Instagram, Syatilla telah memuatnaik beberapa keping gambar pembantu rumahnya yang dikatakan telah lari dari rumah. Apa yang kelakar, cara penyampaian Syatilla tentang ciri-ciri pembantu rumahnya itu buat netizen terbahak-bahak ketawa. Dalam serius lawak jenaka tak pernah tak ada.

Jom baca kapsyen di bawah :

” Wahai followers yang tercinta, SAYA OFFER CASH REWARD 3K UNTUK SAPA YANG TERNAMPAK ATAU TERJUMPAK MANGKUK AYUN NI (MAID AKU) ciri-ciri :- ”

” PENDEK MCM POKOK KUCAI, TA1K LALAT SAMP4H ATAS MULUT, GIGI JARANG (jarak 1km antara 1gigi ke gigi yang lain).. “

Dia lari pagi tadi n dah BUAT SESUATU PADA KELUARGA SAYA !! POLIS AKAN BANTU DALAM SIASATAN.. “

” SO SAPA TERJUMPA TOLONG PEGANG DIA DAN DM TILLA CEPAT !!! Mohon repost!!!!.. “

Rata-rata netizen terhibur dengan kapsyen Syatilla itu. Antara komen-komen netizen :

” Uih jauh betul gigi dia. Kena naik moto tu kak.. “

” Eh bukan die ke minta tolong beli tiket ke johor kat tbs tadi ? Atau saye silap orang ?.. “

” Hahahahahahaha jarak 1km gigi dia.. “

” Bapak jauh gigi dia sis.. Moga cepat-cepat jumpaaaa ya.. Boboi boi kuasaaaaaaa viral.. “

” Gigi jarang boleh buat pagar rumah.. “

” Dia buat apa tu ? Panaih betul sis masa menaip ciriciri maid tu hshshsh.. “

” Ta1k lalat samp4h si0t.. “

” Tu la jauh betul gigi dia agak-agak berapa kilometer tu tilla.. “

” Aduiii pec4hh perut baca caption tu.. “

” Rasa nak mar4h ke nak gelak.. Lawak toi pokok kucai tuu.. “

Aduh jelitawan Syatilla Melvin ni memang menghiburkan hati. Dalam mar4h masih ada jenaka lucunya. Hampir semua ciri yang disenaraikan buat orang ketawa besar. Apa pun, kami di Berita Kopak mendoakan semoga segala urusan Syatilla dipermudahkan dan pembantu rumah tersebut akan dijumpai secepat mungkin. Insya Allah..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Syatilla Melvin by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..