” Fuhh sekali tengok macam Lee Dong Wook.. sekali tengok laa.. “

PU Azman Kongsi Gambar Di Ladang Kelapa Sawit. Kapsyen Cik Man Buatkan Ramai Terhibur !! Adoiii Tak Pernah Tak Kelakar Cik Man ni..

PU Azman merupakan Juara Pencetus Ummah (PU) musim ke-2. Memiliki nama penuh iaitu, Azman Syah Alias antara pendakwah yang terkenal dalam medial sosial. Melalui pendekatan berdakwah secara santai dan bersahaja telah menarik perhatian golongan tidak kira muda atau tua.

Sekiranya sesiapa yang mengikuti perkembangan dakwah PU Azman ini pasti tahu bahawa beliau merupakan seorang yang kelakar. Lebih gemar membahasakan diri sebagai ‘ Cik Man’ ada sahaja akalnya untuk menyakat orang, namun sifat kelakarnya itu membawa makna dari segi dakwahnya.

PU Azman sering membalas persoalan yang ditanya oleh netizen dengan jawapan yang bersantai dan diselit dengan jenakanya tersendiri. Berstatus duda  dan berusia 38 tahun dan berasal dari Rantau, Negeri Sembilan ini juga pernah menuntut di Mesir selama 11 tahun dalam bidang Kuliyah Syariah Islamiah.

Menerusi Instagram, Cik Man telah berkongsi satu gambar beliau di ladang kelapa sawit. Cik Man yang tidak pernah tak kelakar, telah menulis kapysen yang membuatkan ramai terhibur. Gambar yang di ambil berlatar belakangkan ladang kelapa sawit,  Cik Man telah menyatakan bahawa beliau akan mengeluarkan single terbaru bertajuk ” SAWITDREAMS “.

Ikuti perkongsian Cik Man di bawah :

” Nantikan Single Cik Man yang single berjudul SAWITDREAMS.. “

Rata-rata netizen terhibur akan kapsyen Cik Man itu. Antara komen-komen tersebut ialah :

” Baca caption qasa nk sawit kepala che man .. “

” Tajuk dengan gambar memang kene lah cik mann.. “

” Nampak muda teruih… cik man.. “

” Xsangka Cik Man kelakar orangnya.. “

” Fuhh sekali tgk mcm Lee Dong Wook.. sekali tengok laa.. “

” Maa Shaa Allah… cik Man berdiri kat pokok kelapa sawit pon still kacak.. “

Hehe.. Cik Man ni betul-betul kelakar. Dalam keadaan bersahaja pun dah buatkan ramai terhibur. Memang ada bakat untuk jadi pelawak ni. Apa-apa pun kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Cik Man sentiasa di murahkan rezeki, di berikan kesihatan yang baik, di permudahkan urusan sentiasa serta sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah. Amin.

Silakan SHARE.

Sumber : IG  PU Azman  by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..