” Saya la tok imam Mekah.. ” – Jebat Jayden
Video Gelagat Anak Sharnaaz Ahmad, Jebat Jayden Membaca Talbiyah Labbaik Allahumma Labbaik Raih Perhatian Warganet. Wah Pandainya Jebat, Comel Je Sebutan Pelat Dia Tu. Bukan Main Bersabdu Lagi Bacaan Jebat Yer, Hehe !!
Telatah permata hati Sharnaaz Ahmad dan Noornabila, Jebat Jayden seringkali menarik perhatian umum. Baru-baru ini Jebat telah melangkahkan kakinya ke tanah suci Mekah bagi mengerjakan ibadah Umrah bersama mommynya.
Pelbagai kerenah Jebat sepanjang berada di sana dikongsikan oleh Noornabila. Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Jebat Jayden, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Noornabila meminta Jebat membaca bacaan talbiyah Labbaik Allahumma Labbaik yang dibaca ketika mengerjakan umrah tempoh hari.
Alhamdulillah, Jebat sudah fasih dan mengingati bacaan ini walaupun ada beberapa sebutan yang sedikit pelat bunyinya. Part ‘ Laka Walmulk ‘ tu bukan main lagi sebutan Jebat, sampai muncung mulutnya. Ad0ilah imam kecil ni, cerdik sangatlah Jebat Jayden.
Sejuk hati warganet melihat Jebat anak soleh mommy dan baba ini. Betul kata Sharnaaz, bab didikan dan asuhan agama, Noornabila memang terbaik. Jebat juga rajin solat di rumah dan ianya sesuatu yang bagus untuk diasuh sejak kecil.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telahpun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan :
” Bakal imam muda, comellah Jebat ni. Allahuakbar semoga menjadi anak soleh dan seorang tahfiz nanti ye Jebat.. “
” Semoga menjadi anak yang bijak taat ibu bapa jebat menjadi anak yang soleh bejaya dunia akhirat.. “
” Anak2 ibarat kain putih. Ibu bapa yang mencorakkannya. Alhamdulillah… berkat selalu talbiah. Balik umrah jebat dh pandai sebut huruf L. Bijak n cute anak soleh ni . PU Jebat on making.. “
” Kan main lagi Jebat, pandainya dia. Semoga jadi ank soleh dunia akhirat… comel dengar bacaan jebat tu.. “
” Allahuakbar… bagusnyee jebat… bijak… semoge menjadi anak yg bijak, taat pd kedua ibubapa, soleh, berjaya dunia akhirat… yg bakal menjadi seorg yg hebat.. “
” Alhamdulillah Arab jebat hilang telor ajar Quran bagus.. Bijak Jebat. Didikan keluarga ibunya. Contoh yg baik dilihat hari2 dr ibu, lofa, ustaz Haris.. “
” Serius aku ckp, dia comel walaupn pelat mcm tu. Anak yg baik dan soleh.. suka tengok Jebat.. anak soleh mommy dan baba ni.. “
Ibarat kain putih, sebagaimana yang dicorakkan oleh kedua ibu bapa, itulah yang dapat dilihat dalam diri si anak. Semoga Jebat terus menjadi anak yang soleh dan kebanggaan mommy dan baba selalu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Jebat Jayden
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..