” Comelnya, baby lihat wajah Ustaz Wadi lalu tersenyum.. ” – Netizen

Video Anak Ketiga Mia Ahmad, Imaani Ketika Ditahnik Oleh Ustaz Wadi Annuar Raih Perhatian Ramai. Alahai Comelnya Imaani. Siap Senyum Dan Tenung Muka Ustaz Wadi Sampai Tak Berkelip Mata Tu, Hehe !!

Meninjau ke akaun Instagram Mia Ahmad, perkongsian sebuah video ketika majlis tahnik anak ketiga Mia iaitu Imaani telah meraih perhatian ramai. Imaani telah ditahnikkan oleh Ustaz Wadi Annuar pada majlis tersebut.

Apa yang membuatkan ramai ger4m melihat gelagat Imaani ialah ketika Imaani merenung wajah Ustaz Wadi tanpa berkelip matanya. Selain itu, Imaani turut tersenyum dan seolah-olah seperti menegur Ustaz Wadi sebelum ditahnikkan.

Imaani sangat bertuah dan beruntung kerana ditahnikkan oleh pendakwah terkenal seperti Ustaz Wadi. Imaani seolah-olah faham apa yang dilakukan oleh Ustaz Wadi. Alahai, ger4m betul melihat gelagat comel Imaani.

Perkongsian ini telah menerima lebih 27 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik semalam. Sekadar info, Imaani merupakan anak ketiga Mia bersama suaminya iaitu Mohd Izham Tarmizi yang merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, ramai yang ger4m melihat wajah comel Imaani. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” MasyaAllah tahnik by Ust Wadi… Comeynyaa dia gelak.. Bertuahnya Imaani.. Baby pandang tepat wajah ustaz .. masyaAllah semoga jd anak solehah dan tinggi akhlaknya .. “

” Shukur alhamdulillah betapa untgnya baby ni, smg jadi org2 yg beramal soleh atau soleha dunia akhirat aamiin.. “

” Allahuakbar comelnya. Moga anakku Nur Aina Afiqah juga ditiup r0h ke dlm rahimnya. Amiin yra.. Baby  tak kelip tgk ustaz.. “

” Bby umr bpe bulan tu ?? Alhmdulillah brtuahnya dpt tahnik oleh ustaz wadi. Insyaallah moga ada rezki ank sy pula nti dpt mcmni.. “

” Alhamdulillah, bertuahnya Imaani … Moga Imaani menjadi anak yg solehah & hidup sentiasa dlm rahmat Allah swt di dunia & di akhirat… Amiin Ya Robb.. “

” Syukran alhamdulillah.. doa cucunda Imaani membesar sihat afiyat dan solehah bjaya dunia akhirat.. ” 

” Bertuah baby Imaani. Baby lihat wajah ustaz Wadi lalu tersenyum. Melihat wajah ahli syurga.. Tak berkedip matanya masya allah.. “

Alahai, siapa tidak ger4m melihat wajah comel Imaani ni. Ustaz Wadi pun nampaknya rajin nak melayan Imaani. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Imaani membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah serta berjaya. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Mia Ahmad

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..