” Sangat low class punya mentality.. “

Bekas Tunang Zara Zya, Hafreez Adam Kena Kut0k Sebab Tiada Ijazah, Hanya Meniaga Char Kuey Teow. Hamb0i.. Hamb0i !! Orang Tu Ingat Meniaga Ni Tak Kaya Kot ??  

Hafreez Adam Aizat bin Zahalanlahir merupakan seorang pelakon dan model lelaki Malaysia. Kerjaya beliau bermula selepas menyertai Hero Remaja 2011/12 dan mulai dikenali dalam drama adaptasi novel Bila Hati Berbicara di samping Syafiq Kyle dan pelakon Singapura, Atikah Suhaime.

Hafreez dilahirkan pada 10 Jun 1990 di Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak kedua daripada empat adik beradik dan mempunyai seorang kakak, seorang adik perempuan dan adik lelaki. Hafreez mempunyai hobi dan minat dalam bidang muzik, multimedia dan animasi komputer. Malah beliau juga berbakat dalam bidang seni grafik dan fotografi.

Hafreez dan Zara pernah  bertunang pada 12 Oktober 2019 dan dijadual akan berkahwin pada 2020. Namun, jodoh terhenti apabila Hafreez dan Zara mengumumkan telah memut0skan pertunangan mereka selepas sebulan. Hafreez  bagaimanapun menjelaskan, mereka berp1sah secara baik.

Menerusi akaun instagram, Hafreez Adam terkilan kerana ada individu yang memperlekehkan dirinya membuka gerai makanan char kuey teow. Pelakon ini memaparkan perbualan menerusi DM yang dikirimkan kepadanya. Individu yang menulis mesej tersebut seolah-olah memandang rendah usaha Hafreez untuk mencari pendapatan dengan membuka bisnes kecil-kecilan.

Ikuti perkongsian Hafreez di bawah :

” So basically, someone sent me this, this morning. Abe cuma nak pesan dekat anak-anak muda yang lain. Jangan give up and jangan malu dalam mencari rezeki. As long as kauorang tahu niat kauorang.. “

” Kerja untuk family dan masa depan kau orang, bukan untuk dibanding kan dengan rezeki orang lain. Rezeki masing-masing. Yang bernasib baik, Alhamdullilah. Yang kurang bernasib baik, jangan mengalah dan ratap sahaja.. “

” You gotta work harder. Ingat, bersusah-susah dahulu. Bersenang-senang kemudian. Semoga Allah murahkan rezeki semua yang membaca ni.. “

” Yang bener dong.. Abe Char Kuey Teow mu.. “

Rata-rata netizen bersetuju dan menyokong kenyataan Hafreez itu. Antara komen-komen tersebut :

” Sy pun bisnes kecil kecilan kat rumah. sebenarnya lg untung sbb kte takyah bayar gaji pekerja, takyah sewa kedai beribu riban. takyah bayar itu dan ini. yg penting halal.. “

” Betul tu, hidup ni kene ada usaha dan yakin dengan rezeki yang Allah bagi.. “kauu ingat jual char kuew tiaw tak masyukk ehh.. #BekasTaukeCharKuewTiaw#.. “

” Just ignore jer org mcm tu.. Datin tu klu xkahwin dgn datuk dia pown xkan hidup senang.. feeling erk.. “

” Alhamdullillah.. Terima kasih atas perkongsian yg amat bermakna.. korang yg cari rezeki di luar sana jgn putus asa berusaha capaikan matlamat di bawah dulu hingga level Tinggi… insyaallah gdluck.. “

” Drpda sambung bljar baik kerja,kerja pon bknnye xdpt ilmu dpat jgak mcm org lain.. Cuma bezanya kja duit masyukk smbung bljar duit kluar.. Hahaha.. “

” Belajar pndai2 pon x guna klau xpndai guna otak.. “

” Anak dan pemuda yg baik,berhati naik @hafreezadam ni…. Just continue do what u think best for u n family. Ignore the negative netizen,be it org2 biasa or ‘dahtiin’.. “

Sabarlah Hafreez.. Tak payah ambik hati dengan kata-kata orang itu. Abaikan ja dengan orang-orang jenis pikir negat1f . Janji sumber pendapatan tu halal, kerja halal, tak menyusahkan orang lain pun. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak, mendoakan semoga Hafreez sentiasa di murahkan rezeki. Amin.

Silakan SHARE.

Sumber : IG  Hafreez Adam by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..