” Yang aku pun bendul je dok percaya si Jep speaking jepun ! “

” Sekali, dengar.. Karewak, Potongno, Royo! Adehhhh.. ” – Video Jep Sepahtu Cakap Jepun Perkenalkan Pemain-Pemain Superlawak FC Buat Peminat Ketawa Terbahak-Bahak. Apo Kono Eh Jang, Sumpah Lawak Gil4 !!! 

Peminat Sepahtu pastinya mengenali anggotanya Jep Sepahtu. Sering berseloroh dan membuat jenaka bersahaja, nama Jep sememangnya dikenali ramai. Tidak ada yang terlepas dari dibahan Jep dengan usikan lucunya termasuklah kawan-kawan dan keluarga Jep sendiri.

Jep merupakan pelawak dan penyampai radio di Sinar FM. Memiliki seramai 3.7 juta pengikut di akaun Instagramnya, segala perkembangan Jep diikuti rapat oleh para peminat. Selain kehidupan dan kerjaya, Jep juga banyak berkongsikan mengenai pasukan bola sepak Superlawak FC yang dianggotainya.

Superlawak FC adalah pasukan bola sepak amatur yang dianggotai oleh artis-artis selebriti dan juga bekas-bekas pemain profesional tempatan. Beberapa hari lepas, pasukan ini telahpun berlepas ke Osaka Jepun untuk menyempurnakan misi perlawanan persahabatan di sana.

Menerusi akaun Instagram, Jep Sepahtu telah berkongsi video beliau memperkenalkan pemain-pemain superlawak FC dalam bahasa Jepun. Namun yang lawak adalah cara Jep bercakap yang sangat mencuit hati. Dah lain macam bunyinya tu!

Jom tonton di bawah :

” Osaka Day 2.. Coach pesan tak boleh makan luar sebab esok match day @superlawakfc.. “

Rata-rata netizen terhibur dengan telatah Jep ini. Antara komen-komen netizen :

” Hahahhaa…. Jopon sosek… “

” Dah macam ngomong jowo jer… Ono… Keno… Siji loro.. “

” Hahaha IM Ashraf pun asal bolehhh je cikaro.. “

” Jep kalau buat lawak.. Muka tebal sia.. “

” Hadohhhh… Jep.. Jep.. “

” Hentam saja le janji confident tu ada.. “

” Nie jepun belah kokdiang agaknya.. “

” Jep cakap jepun ke cakap negeri 9. Aku dengar lambat bonar bangun eh.. “

” Hahaahahaha.. Yang aku pun bendul je dok percaya si jep speaking jepun! Sekali, dengar.. Karewak, Potongno, Royo! Adehhhh.. “

” Sumpah laa jep, terkent0t-kent0t gelak.. Anjai tol.. “

Terguling-guling ketawa dengar ayat jepun Jep ni. Habis segala perkataan ditukar jadi bahasa Jepun. Haha.. Jep tak pernah tak lawak, menghiburkan betul. Apa pun, kami di Berita Kopak mengucapkan selamat berjuang buat seluruh pemain Superlawak FC , moga mendapat kemenangan dan have fun guys.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Jep Sepahtu by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..