” Sampai Zizan dan Nabil kena pegang. Kemain betul happy tu, haha.. ” – Netizen

Video Aksi Khai Bahar Dapat Berduet Bersama Penyanyi Popular Indonesia, Judika Cur1 Perhatian Peminat. Amboi, Siap Melompat Yer Khai, Excited Sangat Ni !!

Baru-baru ini, telah berlangsungnya sebuah acara perlumbaan yang dianjurkan oleh jenama kereta ternama Toyota di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor. Malah penyanyi popular Indonesia, Judika telah dijemput untuk membuat persembahan dalam konsert pada hari tersebut.

Menerusi akaun Instagram penyanyi Khai Bahar telah berkongsi satu video yang memaparkan dirinya dapat berduet bersama Judika. Keterujaan penyanyi yang terkenal dengan lagu Bayang itu, dapat dirakam dan telatahnya membuatkan ramai terhibur.

Pada awal video, Khai hanya sekadar menyanyi di bahagian bawah pentas kemudian Judika mula menghulurkan mikrofon kepada Khai dan terus Khai menyambung lagu berjudul ‘Bukan Dia Tapi Aku’ penuh bersemangat.

Sesudahnya Khai berduet bersama Judika, kelihatan Khai melompat dan terus memel0k pelawak Nabil Ahmad kerana terlalu excited. Perkongsian video tersebut telah mendapat lebih 41 ribu tanda suka dan ratusan komen daripada warganet.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-rata terhibur dengan reaksi Khai dapat berduet bersama Judika dan ada yang berharap kedua-dua penyanyi itu akan berkolaborasi. Antara komen-komen warganet adalah :

” Sampai Zizan dan Nabil kena pegang. Kemain betul happy tu, haha. Siap pel0k Nabil tu tak tahan, haha comel lah.. “

” Mahunya tak teruja, dapat menyanyi dengan penyanyi kesukaan kot. Harap ada rezeki Khai berduet bersama Judika.. “

” Teruja tgk Khai, mcm tu la kami teruja klu tgk Khai. Hahaha tapi comel part Khai pel0k Nabil tu, Nabil pun happy betul.. “

” Fuyooo, mesti tak tido mlm Khai kan, hahahahaha senyum lebar betul dapat menyanyi dengan Judika.. “

” Moga one day Ada lagu duet, mahu tahu kan rezeki nanti. Dua2 suara memang karen lah, semoga terus berjaya.. “

” Muka Khai punn nampakk excited n happyyy n nerv0us time duettt tadi. Hahaha comel sangat lah.. “

” Ahhhh so beautiful Khai. Ahhh melting dgr suara walaupun skit. So happy n excited for u, wlpn sy tengok ketawa, hehe.. “

Wah kemain lagi teruja Khai yer dapat jumpa artis favourite siap dapat menyanyi bersama-sama lagi, mahunya tak happy kan. Malah pada kapsyen Khai juga berharap satu hari nanti dirinya dapat lagi berduet bersama Judika.

Silakan SHARE..

Sumber : IG khaibahar94

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..