” Haha kelakar Fazura ni, comel jer kecek kelate.. ” – Netizen

Video Aktiviti Fazura Ketika Ke Rumah Jurumekapnya, Rozlan Di Kelantan Yang Buat Peminat Terhibur. Cakap Loghat Kelantan Sampai Berbel1t Lidah Ye Fazz Haha !!

Meninjau akaun Instagram Fazura, telah dikongsikan sedutan video Fazura ke rumah jurumekapnya, Rozlan atau dipanggil Abe Lan yang berada di Kelantan. Dipaparkan dalam video ini antara aktiviti yang dilakukan oleh Fazura sepanjang lawatannya ini.

Kata Fazura sudah lama Abe Lan mengajaknya melancong ke Kelantan dan kali ini masa mengizinkan untuk Fazura berjalan ke sana. Setibanya Fazura di bumi Cik Siti Wan Kembang ini, tempat pertama yang dituju oleh Fazura adalah Pasar Siti Khadijah.

Dim0nopoli oleh peniaga dari golongan wanita, Fazura membeli pelbagai barangan makanan di sini. Satu impian Fazura sejak kecil untuk menjadi peniaga tercapai apabila Fazura berpeluang meniaga bersama salah seorang peniaga sayur-sayuran di sini.

Gembiranya Fazura pada waktu itu dan kedengaran ri0h mulutnya mempelawa orang supaya membeli di gerainya itu. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh Fazura dapat bermain wayang kulit dan berdikir barat bersama-sama orang kampung.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian oleh Fazura ini telah mendapat perhatian daripada peminat. Terhibur dengan telatah dan sikap peramah Fazura, peminat turut memuji figura ini. Antara komen-komen peminat :

” Haha kelakarlah Fazura ni, comel je kecek kelate. ‘ Comey jertihh ‘ pun bolehlah Fazura haha.. “

” Comel la fazura ni makin hari makin suka tau haha. Berbel1t lidah kecek kelate ye Fazura. Jadi comey jetih terus haha.. “

” Dah la cantik, baik dan mesra dengan orang.. plus kelakar pulak tu. Baru tau rupa2nya fazura ni ada sense of humour jugak haha.. “

” Haha comey jerteh pun bolehla haha, cool lah Fazz ni. Fazura ni memang menghiburkan dan sangat humble dengan orang kampung.. “

” Lawaklah Fazz meniaga dalam pasar, ri0h panggil orang membeli. Ni kalau betul-betul meniaga laku ni haha.. peramah sungguh.. “

” Humble dan mengagumkan Fazura ni. Seronok tengok Faz, happy sokmo. Jadi peniaga comel, main wayang kulit pun lawak haha.. “

” Seronok tengok video faz ni. Very inspring dan kita pun ketawa sama bila tengok pl0t pl0t yang lucu. Percubaan Fazz cakap kelantan tu lawak, comey jeteh pun bolehlah haha.. “

Macam-macam gelagat Fazura terlihat dalam video ini. Layanan yang baik daripada seluruh keluarga malahan penduduk kampung Abe Lan memeriahkan suasana. Semoga Fazura terus success dan happy selalu.

Untuk video penuh tekan di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fazura, Youtube Channel MyFazura

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..