” Sama muka dengan adik Naura.. “

Gambar Neelofa Semasa Kecil Menarik Perhatian Netizen Kerana Wajahnya Seiras Mini Lofa, Adik Naura. Alahai, Comelnya !!

Pengacara dan pelakon popular iaitu Neelofa Mohd Nor antara artis yang berjaya dan berpendidikan. Beliau memperoleh keputusan lima A dalam UPSR.  Kemudian belajar di sekolah menengah di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Langkawi dan mendapat keputusan cemerlang dalam kedua-dua iaitu 8A dalam PMR dan 10A dalam SPM.

Neelofa menyambung pelajarannya ke peringkat lebih tinggi di Universiti Sunway dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda, Perdagangan Antarabangsa dan Pemasaran. Neelofa melibatkan diri dalam dunia seni apabila beliau menyertai pertandingan Dewi Remaja pada tahun 2009.

Beliau telah dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2009/10. Neelofa terkenal menerusi lakonannya sebagai Alisya dalam drama bersiri Kau Yang Terindah yang bersiaran di TV3 dan Suri Hati Mr. Pilot di Astro Ria. Dalam dunia pengacaraan, Neelofa mengacarakan program MeleT0p bersama Nabil.

Menerusi akaun Instagram, satu gambar Neelofa semasa kecil telah dikongsi. Wajah Neelofa tidak banyak berubah dari kecil sehingga dewasa. Patutlah Neelofa cantik, rupanya dari kecil memang comel sangat. Tidak dinyatakan usia Neelofa ketika ini namun wajahnya mirip dengan seorang kanak-kanak yang viral baru-baru ini.

” Alolo.. Anak sapa ni.. comel sangat.  “

Rata-rata netizen menyatakan wajah Neelofa saling tidak tump4h seperti mini lofa iaitu adik Naura. Antara komen-komen mereka :

” Sm btul dgn adik Naura.. “

” Sama muka dengan adik Naura .. “

” Tak ubah langsung muka .. mmg baby face sungguh Nofa.. “

” Mmg comel dari dulu sampai sekarang. . “

” Sebijik sama Naura Auni.. “

” Ya Allah comeiinye.. “

Alahai, comel sangat Neelofa semasa kecil. Sememangnya wajah Neelofa semasa kecil seiras adik Naura dan disebabkan itulah adik Naura digelar sebagai mini Lofa. Agak-agaknya apabila adik Naura dewasa adakah serupa seperti Neelofa yang sekarang? Ermm…

Silakan SHARE..

Sumber : IG Lofa World, MeleT0p by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..