” Handsomenya anak-anak akak.. “

Azah Aziz Kongsi Gambar Bersama Keluarga Namun Anak-Anaknya Menarik Perhatian Netizan. Perghh, Handsome Gil4 !!

Masihkah anda ingat dengan model dan pelakon popular sekitar tahun 90 an iaitu Azah Aziz ? Beliau dahulunya banyak berlakon drama TV dan filem. Antara drama lakonannya yang popular dahulu ialah Cinta Korporat di samping Rusdi Ramli dan Azhar Sulaiman.

Azah telah berkahwin dengan jejaka Inggeris, Daud Leroy Abdullah dan selepas berkahwin Azah terus menetap di Monteal, Canada. Azah juga turut terus menyepikan diri dalam industri hiburan tanahair dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada keluarga.

Melalui perkahwinan ini, Azah dikurniakan tiga orang anak lelaki iaitu Aaron, Brian dan Justin. Ketiga-tiga anak Azah kini sudah meningkat remaja. Azah atau nama sebenarnya Norazah Aziz mempunyai akaun Instagram yang mempunyai ramai pengikut iaitu sejumlah 145 ribu orang.

Menerusi akaun Instagram, Azah berkongsi gambarnya bersama suami dan anak-anak. Menurut Azah bukan mudah untuk mengambil gambar yang kelihatan sempurna dengan suami dan anak-anaknya kerana masing-masing ada sahaja yang tidak bersedia.

” The Leroy’s . Not that easy to kept everyone in straight face, the 1st pic actually the last perfect one , swipe Β to c all not so perfect pics , mostly look like candid , but we had fun taking pictures.. “

Rata-rata netizen memuji kekacakan anak-anak Azah yang sudah meningkat remaja. Antara komen -komen mereka :

” Hensemnya anak2 akk.. “

” Semuanya hensem.. “

” Cute Justin.. Husband u paling funny selfie.. “

” Hahaha.. Faham sgt nak amik gambar dengan boys and man ssh nak serius n perfect tapi semua ensem2 dan lawa je ni.. “

” Dari dulu mmg minat dengan Azah.. “

Sememangnya anak-anak Azah kesemuanya segak-segak belaka dan lebih mirip kepada wajah Azah. Walaupun sudah lama Azah menyepi dalam dunia seni hiburan Malaysia, Azah masih cantik seperti dulu malah nampak begitu muda sekali. Semoga Azah dan keluarga sentiasa berbahagia.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Norazah AzizΒ by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..