” Sabar Che Ta, jangan tersandung kain sudah ye.. ” – Netizen

Video Rozita Che Wan Miming Lagu Nabila Razali, Peluang Kedua. Amboiiii Siap Buat Video Muzik Kat Dalam Hutan Lagi. Kelasss Betul Che Ta !!

Siapa tak kenal dengan pelakon popular Rozita Che Wan atau mesra dengan panggilan Che Ta ini. Bukan sahaja cantik, tetapi turut berbakat dalam bidang lakonan. Menikahi aktor Zain Saidin, mereka mempunyai seorang anak perempuan diberi nama Aaisyah Dhia Rana. Che Ta seorang yang suka berfesyen dan kelihatan kemas selalu.

Setiap apa yang dikongsikan di akaun Instagramnya, pasti baju yang digayakan menjadi tumpuan. Tidak hanya Che Ta, malahan Aaisyah juga popular. Beberapa minggu lalu, lagu nyanyian Nabila Razali berjudul Peluang Kedua menjadi siulan ramai.

Lagu ciptaan Hael Husaini ini juga menjadi lagu kegemaran Aaisyah. Baru sahaja dikongsikan gelagat Aaisyah menyanyikan lagu ini di akaun Instagramnya. Ingatkan Aaisyah seorang sahaja yang meminati lagu ini, rupanya ibunya juga turut meminatinya.

Meninjau akaun Instagram, Che Ta telah berkongsikan satu video yang memaparkan beliau membuat video muzik lagu Nabila Razali ini. Berlatarbelakangkan suasana hutan dan tasik, miming Che Ta nampak real. Amboi sampai kat mak, MV terus dibuatnya.

Jom tonton video di bawah:

Video ini mendapat perhatian daripada peminat. Antara komen-komen mereka :

” Mak aiiiii.. dalam hutan pun CANTIKKKKK ba !!!.. “

” Curlasssss maderrrr siap buat MV. Helokkkknya.. “

” Lawa nye aaaiihhh tengok tak pernah tak lawa cik suami makin sayang bertuahnye badan alhamdulillah, lagu tu dengar sed1h je.. “

” Cantik lokasinye… Ditambah tuan puteri cantik ibarat berada di alam kayangan.. “

” Sabar Che Ta… jgn tersandung kain sudah ye… sayang Che Ta.. “

” Mak dengan anak dua-dua dah dem4m Peluang Kedua ni. Miming perfect.. ” – Netizen

” Jaga rozita chewan… jat0h titi satgi… hehehe.. “

” Syahdu sgh lagu bole gugur airmata, let0p Che ta cantik manis miming.. “

Wah miming Che Ta bukan main lagi. Boleh kalah Aaisyah penghayatan tu. Makin menjadi-jadi kesukaan pada lagu Nabila ni. Apa pun, Che Ta tetap anggun walau dalam apa jua busana yang digayakan. Kami di Berita Kopak berharap agar Che Ta berbahagia selalu di samping keluarga tersayang. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Rozita Che Wan

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..