” Macam princess Diana la pulak.. ” – Netizen

Gambar Zaman Kanak-Kanak Faezah Elai Cur1 Perhatian Ramai. Memang Dari Kecil Dah Comel Faizah Elai Ni, Macam Anak Mat Salleh !!

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon cantik Faezah Elai. Semakin lama wanita berusia 38 tahun ini dilihat semakin cantik dan bergaya dengan penampilannya. Malah anak kelahiran Pulau Pinang ini juga sering mendapat gelaran ‘Barbie Doll’ kerana persis wajahnya seperti anak patung.

Ekoran  penampilan Faezah Elai bertudung labuh ketika dalam drama ‘Rumah Siti Khadijah’ turut menjadi ikutan peminat-peminatnya. Faezah yang berketurunan Punjab dan Thai ini memulakan kerjayanya sebagai model dan menyertai pertandingan Dewi Remaja pada tahun 2005/2006 .

Untuk rekod, Faizah Elai telah mendirikan rumah tangga bersama pengarah drama iaitu Heykal Hanifah dan perkongsian hidup bersama, pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Dealova Heyrinna dan Aurora Heyrinna. Selain itu, Faizah juga turut menjaga tiga anak tirinya, Luqman Hakim, Sarah dan Luq Adam.

Menerusi hasil tinjauan di akaun Instagram Faezah Elai telah berkongsi satu gambar lama ketika dirinya masih kanak-kanak. Kelihatan wajah Faezah Elai ketika kecil seperti anak orang putih. Faezah turut berkongsi kapsyen yang rambutnya itu seperti fesyen rambut mend1ang Puteri Diana.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah :

Perkongsian gambar tersebut turut mendapat perhatian ramai. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Mcm princess Diana lah pulak,, btw tahun kita sama la… “

” Uuuihh.. Kecik2 lagi dah segak, mcm anak patung.. “

” Nmpk mcm anak mat saleh sekali lorat uthara.. “

” Dr budak2 smpi jd mama budak2 memg awak ni comeel gil4 (comel sungguh Noo..) “

” Amboii gaya tgn mcm Saloma naa.. Ayu gtu.. “

” Ada beza ke mat saleh tulen dengan mat saleh kopek. Tapi yg ni mat saleh tulen. Ikut muka nenek punya moyang jessica Alba ni.. “

Amboi comel sungguh Faezah ketika zaman kanak-kanak. Tak hairan lah kalau anak-anak Faezah Elai pun cantik, memang mewarisi kecantikan ibunya. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Faezah Elai sentiasa bahagia bersama keluarga tersayang dan dimurahkan rezeki selalu. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Faezah Elai

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..