” Rezeki Bellaz sekeluarga, selamat menunaikan ibadah umrah.. ” – Netizen

MUA Bellaz Kongsi Gambar Dan Video Pergi Menunaikan Umrah Bersama Suami Dan Anak-Anaknya. Alhamdulillah, Rezeki Bellaz Sekeluarga !!

Peluang dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci setelah sekian lama semestinya satu saat yang sangat dinantikan ramai yang beragama islam. Begitu juga bagi makeup artist terkenal, iaitu MUA Bellaz yang meluahkan rasa syukurnya kerana dapat menjejakkan kakinya sekali lagi ke Tanah Suci.

Paling istimewa, pada kali ini Bellaz bukan sahaja bersama suami, malah turut serta bersama adalah ketiga-tiga anak kecilnya. Ibu cantik manis ini telah berkongsi beberapa posting di akaun Instagram dengan berkongsi beberapa gambar dan video sebelum berlepas dan setiba mereka di Tanah Suci.

Sekitar gambar-gambar dan video yang dikongsikan Bellaz itu, kelihatan Bellaz sekeluarga mengenakan jubah berwarna putih. Paling menarik perhatian adalah anak perempuan Bellaz yang tampil manis memakai purdah.

Malah selain itu, Bellaz juga turut memohon doa kepada semua agar perjalannya bersama keluarga dipermudahkan oleh Allah SWT. Perkongsian oleh Bellaz tersebut telah mendapat perhatian ramai dan hingga kini setiap perkongsian Bellaz telah mendapat puluhan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik.

Ikuti perkongsian gambar dan video oleh Bellaz di bawah ini :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut Bellaz mendoakan perjalanan dan urusan Bellaz di Tanah Suci akan dipermudahkan. Antara komen-komen menarik adalah :

” Moga dipermudahkan urusan Bella n family kat sana and mendapat umrah mabrur. Cantik lah si kakak tu pakai purdah.. “

” Didoakan Allah permudahkan segala urusan dan perjalanan semua untuk pergi dan pulang. Doakan kami di sini juga.. “

” Alhamdulillah, semoga dipermudahkan urusan dn limpahkan kesehatan yg baik, selamat pergi dn balik. Aamiin Ya Rabb.. “

” MashaALLAH SUBHANALLAH seigakkkk nyaaa anak beranak ni semoga di permudahkan sgala urusan Bellaz.. “

” Lawanya anak dara Bella pakai macam tu. Semoga segala urusan Bella mengerjakan umrah akan dipermudahkan, amin.. “

” MasyaAllah, bestnya. Rezeki Bellaz lah sekeluarga. Semoga d permudahkan dan berjalan lancar urusan kak Bellaz d Tanah Suci. Comel2 anak kak Bellaz.. “

” Alhamdulillah syukur, selamat menunaikan ibadah umrah Bella dan keluarga. Semoga dipermudahkan segalanya dan mendapat umrah mambrur, amin.. “

Rezeki Bellaz sekeluarga dapat jadi tetamu Allah. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak berharap semoga segala urusan Bellaz sekeluarga yang kini telah pun berada di Tanah Suci akan dipermudahkan dan mendapat umrah yang mabrur, amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Muabellaz

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..