” Rambut tu potong pendek semat Jepp.. “

Imej Rambut Jep Sepahtu Di Komen Netizen Lagi. Namun Paling Tak Sangka Di Katakan Sama Dengan Anak Penyanyi Popular. Siapa Tu ??

Siapa tidak mengenali pelawak Jep Sepahtu. Namanya sudah dikenali ramai kerana aksi lawak jenakanya yang buat netizen tidak kering gusi ketawa. Jep merupakan anggota kumpulan Sepahtu dan juga penyampai radio di stesen Sinar FM.

Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri bin Zainal Abidin merupakan anak kelahiran Kulai Johor. Jep mula mencipta nama menerusi rancangan Raja Lawak musim ketiga pada tahun 2009. Popularitinya terus meningkat setelah menjuarai Maharaja Lawak Mega bersama rakan baiknya Shuib.

Telahpun berkahwin dengan aktress Sariyanti pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahayamata bernama Dariya Inara. Penampilan Jep yang dahulunya kemas berambut pendek membuatkannya kelihatan seperti model sesuai dengan ketinggiannya itu. Namun akhir-akhir ini Jep telahpun membuat perubahan imej yang ketara.

Menerusi akaun Instagram sinar_my, telah dikongsikan video di mana penyampai sinar pagi, Jep Sepahtu disoal dengan soalan matematik. Menarik perhatian Jep dapat menjawap kurang dari 10 saat. Walaupun soalannya nampak mudah, namun untuk menjawab secara spontan kadangkala menjadi susah juga. Bijak Jep ni ! Namun tetap rambutnya yang menjadi perhatian netizen.

Jom tonton video di bawah :

” Pandai Matematik rupanya @jepsepahtu ni . Kurang dari 10 saat jawab dengan betul.. “

Rata-rata netizen terhibur dengan telatah Jep itu. Antara komen-komen netizen :

” Wow.. Rambut serabut pun boleh jawap.. Power jep!.. “

” Dalam rambut ade kalkulator.. “

” Tenang je jawab Haaaahahhaha.. “

” Tengok kat betul ke bohong aritu, katanya memang pandai maths dari sekolah rendah.. “

” Hahaha muke kerek tu yang tak boleh blah tu.. “

” Rambut tu potong pendek semat Jepp.. Peminat gemari haha tapi ikot la rambut Jep kan @sariyanti.. “

” Confident level tu penting.. “

” Pandai rupanya alhamdulillah, tapi kan rambut Jep bila nak potong.. “

” Tangan dalam pocket tu tengah kira dengan jari ke tu @jepsepahtu ? .. “

Dalam pujian atas kepandaiannya itu, ada satu komen yang menarik perhatian.

Macam-macam pandangan mata netizen ni. Apa pun, Jep memang terbaik. Walaupun rambutnya sering menjadi teguran, Jep tetap dengan imej barunya itu. Tidak berganjak walau selangkah pun. Sedikit serabai namun tetap sedap dipandang mata.

Kami di Berita Kopak mendoakan segalanya yang terbaik buat Jep dan moga terus success dalam lapangan kerjaya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sinar_my, IG Jep Sepahtu, IG Tomok by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..