” Aloo Baba, awat selfie lagu ni ? Cheq tak ready lagi.. Haish.. “

Sharnaaz Ahmad Kongsi Gambar Terkini Bersama Anaknya, Jebat Jayden. Alahai.. Awatlah C0mel Sangat Dua Beranak Ni !!

Sharnaaz Ahmad bin Basir Ahmad atau lebih dikenali sebagai Sharnaaz Ahmad merupakan seorang pelakon. Mula menceburkan diri dalam bidang lakonan pada tahun 2009 menerusi watak pembantu dalam drama berseri  Tari Tirana sebelum diberi watak yang lebih besar dalam drama bersiri komedi K.I.T.A .

Nama Sharnaaz cukup sinonim dengan kejayaan drama bersiri 60 episod berjudul Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang telah mencipta fen0mena tersendiri sebagai antara drama bersiri paling ramai penonton pada tahun itu. Beliau juga pernah tercalon dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) Anugerah Skrin menerusi drama Di Bawah Langitmu pada tahun 2013.

Sharnaaz telah mendirikan rumah tangga bersama Noor Nabila Mohd Noor iaitu kakak kepada pelakon Neelofa. Pasangan ini telah bernikah pada 31 Mac 2017 dan telah dikurniakan seorang anak lelaki bernama Jebat Jayden Ahmad. Jebat dilahirkan pada 30 Ogos 2018 iaitu pada hari lahir Sharnaaz yang ke-33.

Baru-baru ini menerusi akaun Instagram, Sharnaaz telah berkongsi gambar terkini beliau bersama anaknya Jebat. Kelihatan dua beranak ini sangat bahagia. Lebih-lebih lagi gambar yang di ambil itu, sharnaaz sedang mendukung anak lelakinya. Alahai comel sangat !!

Ikuti perkongsian Sharnaaz di bawah :

” My Boy – Elvis Presley @jebatjayden. My life, My Pride, My Joy , My Jebat.. “

 

Rata-rata peminat terhibur dengan kapsyen Sharnaaz itu dan turut memuji Jebat yang sangat comel itu. Antara komen-komen tersebut :

” Perut jebat landoq elok aeh comel ja.. “

” Jebat : aloo Baba.. Awat selfie lagu ni.. Cheq tak ready lg.. Haish.. Hahaha.. “

” Alahai jebat. So handsome like baba.. ”

” Comeynya anak baa ni.. “

” Jebat… Meh Aunty nak sikit pipi tu. Alahaiii… Ger4m tgk pipi tu.. “

” Comel anak mu.. “

Comelnya Jebat !! Baba pun apa kurangya, sekarang dah kurus nampak lagi muda.  Seronok yer Jebat habiskan masa bersama baba. Kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Jebat menjadi anak yang soleh buat kedua ibu bapanya, membesar dengan sihat ya sayang.. Amin.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Sharnaaz Ahmad, Jebat Jayden by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..