” Ramainya sorak, tapi macam suara Lofa paling kuat. Haha.. ” – Netizen

Video Dan Gambar Sekitar Konvokesyen PU Riz Raih Perhatian Warganet. Amboi Bukan Main Happy Neelofa Bila Sampai Turn Haris Terima Skrol Ijazah. Part Gambar Family Haris Tu Paling Sweet, Cantik Sungguh Ibu Mertua Neelofa !!

Meninjau di akaun Instagram milik fans Neelofa telah berkongsi beberapa gambar dan video yang diambil menerusi Insta Story Neelofa memaparkan suami Neelofa, PU Riz menghadiri Majlis Istiadat Konvokesyen di Universiti Islam Antarabangsa (IIUM) ke 38 pada hari ini.

PU Haris atau nama sebenarnya Muhammad Haris Ismail telah menerima Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua ). Namun apa yang paling menarik adalah video ketika Haris berjalan untuk menerima skrol ijazahnya.

Kedengaran ramai di dalam dewan termasuk lah Neelofa bersorak ketika Haris menerima skrol tersebut. Selain itu, turut dikongsikan video Neelofa sedang duduk bersama ibu dan bapa mertuanya ketika majlis berlangsung.

Neelofa juga telah mengabadikan kenangan dengan bergambar bersama Haris yang segak mengenakan jubah konvo dan keluarga Haris. Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima ratusan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke Instagram.

Ikuti perkongsian di bawah ini :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Di ruangan komen, ramai yang memberikan kata ucapan tahniah kepada Haris atas kejayaan yang diperolehinya. Antara komen-komen menarik adalah :

” Masya Allah Tabarakallah. Syukur Alhamdulillah, tahniah Ustaz (Abah Bilal ). Semoga terus berjaya selepas ini.. “

” Tahniah ustaz Haris, comelnya isteri. Ramainya yang sorak, tapi macam suara Lofa paling kuat, haha.. “

” MC pun excited sampai sebut nama dua kali, tengok kat atas stage pun semua tersenyum, artis femes lah katakan, hahahaha.. “

” Hahahaha kuat betul suara penyokong setia ustaz. Tahniah ustaz dah konvo. Rupanya ambik pengajian pendidikan yer.. “

” Patutnya kena ada Billa juga, baru lengkap gambar family abah Bilal konvo. Hehe tahniah2 ustaz, tumpang happy sama.. “

” Tahniah ustaz Haris, alhamdulillah segak bergaya pakai jubah konvo. Lofa pun kemain happy, cantik betul.. “

” Suka lah tengok gambar family mertua Lofa, cantik mak Haris. Tahniah abah Bilal dah konvo, Bilal tak datang ke.. “

Wah nampak Neelofa happy betul dapat hadir melihat sendiri kejayaan suami tersayang. Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada Haris. Semoga kejayaan ini akan terus memberikan semangat yang tinggi kepada Haris untuk lebih berjaya pada masa hadapan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG lovestory.me2, lofa.world, hrisbismail, neelofa

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..