” Rajinnya bibik Hayla ni.. “

Aeril Zafrel Kongsi Video Hayla Buat Tutorial Lipat Baju Dengan Cara Yang Betul. Wahh !! Semakin Sib0k Hayla C0mel Ni Semenjak Ada Adik Baru..

Baru-baru ini, pasangan selebriti Wawa Zainal dan suaminya, Aeril Zafrel telah menimang cahaya mata ketiga selepas aktres itu selamat melahirkan bayi perempuan di Pusat Perubatan Andorra Wanita dan Kanak-Kanak, Shah Alam pada 1 Disember 2019. Menurut Aeril, dia merasa bersyukur atas kelahiran anak barunya itu.

Aeril mengumumkan khabar gembira itu menerusi laman Instagram miliknya. Sebelum ini, pasangan ini telah mengumumkan nama anak ketiga mereka adalah Aya Soffya dan dipilih bersempena nama sebuah masjid di Turki. Kehadiran Aya Soffya itu amat bermakna bagi pasangan ini kerana sudah empat tahun menantikan zuriat.

Wawa dan Aeril sebelum ini telah mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4. Terdahulu, Wawa sempat melancarkan produk kosmetik Baby Girl Limited Edition Soffya & Hayla seminggu sebelum melahirkan Ayya.

Menerusi Instagram, Aeril Zafrel memuatnaik satu video dimana Aeril telah merakamkan telatah anak keduanya iaitu Hayla. Aeril juga berkata, semenjak Hayla ada adik baru, Ayya, Hayla begitu sibuk menguruskan kerja rumah. Aeril turut memanggil Hayla, dengan panggilan ” Bibik Hayla”  kerana kerajinan dia melakukan kerja-kerja rumah.

Ikuti Perkongsian Aeril di bawah :

” Semenjak ada adik baru . Bibik hayla semakin sibuk menguruskan kerja2 rumah.. Mari kita lihat tutorial lipat baju dengan cara yg betul.. “

Rata-rata peminat memuji sikap Hayla yang rajin itu. Antara komen-komen tersebut :

” Pandai dia lipat dah lah comel.. “

” Rajin nye hayla. Semoga jadi anak yang solehah dan rajin.. “

” Rajinnye awakk.. n rambut awk pun cantik.. “

” Bijak, baik Dan rajinnya kakak Hayla ni.. “

” Pandai sangat bibik hayla nih.. “

” Mau berapa jam siap lipat satu bakul hehe . comel jee hayla ni.. “

Rajin betul anak dara Aeril dan Wawa ni. Kecil-kecil pun dah ringan tulang, minat untuk uruskan kerja rumah. Hayla comel sungguh, bijak pulak tu. Kami dari Berita Kopak mendoakan semoga keluarga Aeril dan Wawa sentiasa bahagia disamping anak-anak, dah sentiasa dimurahkan rezeki. Amin.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Aeril Zafrel  by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..