” Let0pss.. Congrats Elly berseri-seri.. “

Elly Mazlein Kongsi Video Penuh Pertunangannya Yang Meriah. Grand Betul Tak Sabar Tunggu Majlis Kahwin !!

Umum mengetahui bahawa penyanyi, pelakon dan pengacara Elly Mazlein sudahpun bergelar tunangan orang. Elly yang dirisik oleh keluarga bakal suaminya pada Oktober lalu memilih 17 Disember sebagai tarikh mengikat ikatan pertunangan ini. Pemilik nama Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi ini memanjatkan rasa syukur kerana segala urusannya dipermudahkan.

Terdahulu, Elly pernah berkahwin dengan pengarah, Azmi Hatta pada 9 Novermber 2014 namun ikatan rumahtangga mereka hanya bertahan dalam tempoh yang singkat. Hasil ikatan perkahwinan ini, Elly memperolehi seorang cahayamata yang diberi nama Putri Sara Sefhia.

Setelah bertahun-tahun membawa status janda, Elly akhirnya terbuka hati untuk menerima cinta baru di dalam hidupnya. Pengenalannya bersama tunangnya yang diperkenalkan sebagai Azlan sudahpun terjalin sejak Ogos tahun lalu. Dan akhirnya beberapa hari yang lalu, berlangsungnya majlis gilang gemilang pertunangan impiannya itu.

Menerusi akaun Instagram, Elly Mazlein berkongsikan video penuh pertunangannya yang berlangsung di Dewan Tun Hussein Onn World Trade Centre Kuala Lumpur. Laksana puteri kayangan cantiknya Elly dan pelamin pertunangan yang direka mengikut permintaannya itu.

Jom tengok video di bawah:

” Majlis Pertunangan Mohamad Azlan dan Elly Mazlein.. “

View this post on Instagram

📽 dari ❤❤❤❤ @momentopixel . Majlis Pertunangan Mohamad Azlan & Elly Mazlein . Venue 🌸 . Dewan Tun Hussein Onn World Trade Centre ,KL @putraworldtradecentre FB Putraworldtradecentre . Decor & Planner by Reka Teemor🌸 @rekateemor . PR Media 🌸 @sakirinaca90 @fazli_zainal . 🌸Emcee 🌸 @zulinaziz . Dress🌸 @jimmycouture . Makeup 🌸 @annacjmakeover_oficial . Photographer 🌸 @momentopixel . Videographer🌸 @momentopixel @blastphere_ventures . Lighting & sound🌸 @Dbevent_malaysia . Cake 🌸 @madaboutcake_official . Hand bouquet 🌸 @mad.about.bunga . Henna Nedhenna🌸 @nedhenna . Doorgift🌸 @boxinice . Band🌸 @sarasaraakustika . Performance🌸 @sitisarahraissuddin @indahruhaila . Earrings🌸 @ida_hanicomb #pertunanganAzlanElly

A post shared by ELSefhia (@iamellymazlein) on

Rata-rata peminat nyata teruja dengan kemegahan majlis pertunangan ini. Antara komen-komen peminat :

” Semoga berbahagia dan kekal sampai syurga kaklina.. “

” Let0pss.. “

” Congrats Elly berseri-seri.. “

” So cantikk kaklina.. “

Sememangnya tak dapat disangkalkan lagi betapa gah dan mewah majlis pertunangan Elly ini. Tema yang amat secocok dengan dekorasi dan hiasan membuatkan majlis ini layak digelar Engagement of the year. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga urusan Elly Mazlein menuju ke jinjang pelamin pada Januari 2020 dipermudahkan.. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Elly Mazlein by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..