” Raden cuba c1um tangan tu, ada bau Lee Min Ho lagi tak ? ” – Netizen

Video Radin Era Yang Begitu Teruja Dapat Bersalaman Dengan Artis Korea, Lee Min Ho Raih Perhatian Ramai. Wah Siap Ada Yang Lelong Tangan Radin Dalam Shopee Lagi !!

Bagi peminat K-drama, nama Lee Min Ho tidak perlu diperkenalkan lagi. Pelakon kacak dari Korea Selatan ini datang ke Malaysia kerana menghadiri satu event yang turut dihadiri oleh penyanyi nombor satu negara iaitu Dato’ Seri Siti Nurhaliza.

Lee Min Ho merupakan salah seorang duta untuk produk berjenama Cuckoo dan pada event tersebut, peminat Lee Min Ho juga ramai yang hadir. Pastinya ramai yang teruja untuk melihat Lee Min Ho secara face to face.

Meninjau ke akaun Instagram, Radin Era juga turut berkongsi moment ketika dia dapat bertemu dengan aktor kacak tersebut. Radin bertindak sebagai emcee dalam event tersebut dan tambah teruja apabila Radin dapat bersalam dengan Lee Min Ho.

Disebabkan itu, ada yang mengiklankan tangan Radin yang bersalam dengan Lee Min Ho di Shopee dengan harga 4 ribu. Ad0i, kelakar dibuatnya. Agak-agak ada ke yang ingin membeli tangan Radin. Kalau macam ni terp4ksa hilang tangan lah jawabnya, hehe.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, pelbagai respon yang menghiburkan diberikan oleh netizen. Antara komen-komen mereka :

” Saya beli dengan duit saidina je.. itu je mampu.. Baik jual radin je ada gak pekdahnya.. haha.. berat nang nang.. “

” Malaysia sangat unik… Jika anda mahu barang rare… Ini lah masa nya… Radin mungkin hilang tangan, haha.. “

” Tangan raden tu awat murah sagt..haha.. semua add to cart wehhh.. tangan aku takde ke nak lelong.. haha.. “

” Raden cuba c1um tgn tu, ada bau actorleeminho lagi tak ? Adehhh kent0t dia tkde org tapau ke mesti mahalkn.. “

” Saya nak beli radin.. berapa nak let go ? tapi apakan daya, duduk jauh nun disana, selfie apa pun takdak.. “

” Haha, b0ngok.. lawak betul.. Hahahahah…. H4reyyy sungguh… tp serius lar…. aku klw jutawan, kaya raya, aku bida semua kecuali tgn Radin.. hahaha.. “

” Aduhai overnya. sabar je lah.. haha.. awal awal tu sementara menunggu lee min ho, dah separuh nak lelap dah.. sekali dia masuk kena h1steria.. “

Macam-macamlah netizen apabila bergurau kan. Apa pun jangan terlalu 0bses apabila meminati seseorang atau apa sahaja. Pastinya moment dapat bersalam dengan Lee Min Ho ini akan sentiasa menjadi kenangan buat Radin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Era.je, Radin

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..