” Lawak lah part berebut mikrofon tu, masing-masing tak nak beralah.. ” – Netizen

Video Gelagat Anak Kembar Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Adam Dan Noah Sedang Menyanyi Di Sebuah Mall Buat Ramai Terhibur. Wah Adam Dan Noah Siap Menyanyi Lagu Favourite Daddy Lah. Comel Je Part Berebut Mic Tu, Haha !!

Bagi yang mengikuti perkembangan angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor pasti mengetahui yang Dr Sheikh Muszaphar sering berkongsi perkembangan anak-anaknya lebih-lebih lagi pasangan kembar iaitu Adam, Noah, Eusoff dan Emelia.

Terbaru, Dr Sheikh Muszaphar telah memuatnaik satu video yang memaparkan gelagat Adam dan Noah sedang berada di sebuah mall. Dalam video itu, pasangan kembar ini sedang menyanyi bersama satu kumpulan busker.

Kongsi Dr Sheikh Muszpahar di kapsyen, Adam dan Noah mempunyai keyakinan yang tinggi untuk menyanyi di khalayak ramai tidak seperti dirinya. Tulis Dr Sheikh Muszaphar lagi, Adam dan Noah menyanyikan lagu kegemarannya yang bertajuk M0nsters, nyanyian asal oleh James Blunt.

Perkongsian video itu telah menarik perhatian warganet. Ada yang terhibur melihat gelagat Adam dan Noah yang masing-masing sedang berebut mikrofon untuk menyanyi. Sehingga kini, video Adam dan Noah menyanyi telah menerima lebih 7 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke Instagram.

Jom tonton video di bawah ini :

Selain terhibur, ramai yang kagum melihat Adam dan Noah yang sudah pandai membaca lirik lagu serta mampu menyanyikan lagu orang dewasa. Antara komen-komen menarik adalah :

” Lawak lah part bereb0t mikrofon tu, masing-masing tak nak beralah. Nampaknya Dr dah kena beli set karoke lah lepas ni, the boys suka nyanyi haha.. “

” Congratulations Adam and Noah. So brave to sing in front of a crowd. Dr Sheikh are you a fan of James Blunt ? I am love his voice.. “

” Wow, amazing. At 5 y/o oredi can sing hits, no longer kiddies song. Some still cant read. Well guided.. “

” Hahahaha funny lah tapi cute sangat tengok gelagat dorang bereb0t mic tu. Bersungguh2 masing2 nak nyanyi tunjuk bakat.. “

” Suka betul diorang dengan kasut pu chu kang tu kan, comel jer. Btw bagus lah Adam dan Noah memang berani. Ade je budak lain yang tak0t nk nyanyi depan orang ramai.. “

” Noah conquer mic, Adam dah tak puas hati tak dapat nyanyi, haha bereb0t lah korang. Comel lah tengok perang4i kembar ni.. “

” Alhamdulillah the twins is great. I cukup suka Dr share video anak2, semuanya ada bakat, bijak2 belaka.. “

Nampak gayanya, daddy kena beli set karaoke lah di rumah, boleh lah Adam dan Noah menyanyi selalu untuk daddy. Apa-apa pun, semoga anak-anak Dr Sheikh Muszaphar terus membesar dengan sihat serta menjadi anak-anak kebanggaan Dr Sheikh Muszpahar dan isteri.

Silakan SHARE..

Sumber : IG drsheikhmuszaphar

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..