” Protective Baasit, merciful Barr. Untung Dariya.. “

Sari Yanti Kongsikan Bonding Time Anaknya Baasit, Barr Dan Dariya. Aksi Mereka Buat Peminat Kagum !!

Pelakon bertubuh kecil molek , Sari Yanti sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Mencipta nama menerusi drama Kisah Kaisara, namanya menjadi igauan peminat kerana kecomelannya itu. Anak kelahiran Negeri Sembilan ini mula melangkah ke dunia pekerjaan dengan menjadi model sambilan sebelum mendapat tawaran berlakon.

Sepertimana yang diketahui, Sari Yanti telahpun mendirikan mahligai bahagianya untuk kali kedua dengan pelawak terkenal Jep Sepahtu pada 25 Februari 2017. Hasil ikatan ini mereka dikurniakan seorang cahayamata perempuan dinamakan Dariya Inara.

Menerusi perkahwinannya yang pertama, Sari Yanti sudahpun mempunyai dua orang cahayamata bernama Barr Al Aliy dan Baasit Al-Haq. Menjadi kebiasaannya, Sari Yanti akan berkongsi segala moment indah antara anak-anaknya ini di akaun Instagram miliknya.

Menerusi akaun Instagram, Sari Yanti memuatnaik satu video dimana anak lelakinya Barr dan Baasit sedang melayan kerenah Dariya hendak bergurau manja. Sweet sungguh abang dan adik ini. Abang yang sangat penyayang. Alahai seronok tengok gelagat mereka.

Jom tengok video di bawah :

” Barr ni pandai melayan adik dia. @dariyainaraofficial @jepsepahtu.. “

Rata-rata peminat nyata terhibur melihat kemesraan antara abang dan adik ini. Antara komen-komen peminat :

” Love to see their bonding.. “

” Comel ter0k Dariya ni!.. “

” Happynya tengok dariyaa dengan abang diaa.. “

” Sweetnyaaa.. Barr pandai melayan adik yang baasit pandai protect adik.. “

” Baasit sweet tahan kepala adik, dedua sayang adik.. “

” Sweet je dia sambut kepala dariya.. “

” Bagus betul abang-abang die, lembut jek layan adik die.. “

” Pandailah dia manja dengan abang nya… Cutelah sangat… “

” Protective Baasit, Merciful Barr.. Untung Dariya.. “

” Sweet je bila baasit tahan kepala adik dia bila nak landing.. “

Bertuah sungguh Sari Yanti ada anak-anak yang penyayang dan pandai menjaga adik. Salute pada Sari Yanti dan Jep atas cara asuhan dan didikan mereka hinggakan dapat membentuk kasih sayang yang menebal dalam diri anak-anak kecil ini.

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga keluarga kecil ini sentiasa diberi kebahagiaan dan kesejahteraan dariNya selalu. Aamiin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sari Yanti by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..