” AllahuAkbar. Bagusnya sama-sama khatam Al-Quran.. “

Farah Nabilah Kongsi Gambar-Gambar Sekitar Majlis Khatam Al-Quran Bersama Suaminya, Amirul. Wah, Cantik Sungguh Farah !!

Semalam, 20 Disember 2019 telah berlangsungnya majlis akad nikah pelakon, Farah Nabila  dengan seorang juruterbang, Mohammad Amirul Yunus. Dengan sekali lafaz sahaja, Farah telah sah menjadi isteri kepada Amirul. Majlis yang bertemakan Melayu Klasik diadakan di Hotel Royale Chulan, Damansara.

Farah menerima wang hantaran sebanyak RM77,777.77 berserta tujuh berbalas tujuh dulang serta sebanyak RM1000 sebagai mas kahwin. Sebelum berlangsungnya majlis akad nikah, turut sama melangsungkan majlis pertunangan yang menyaksikan ibu Amirul menyarungkan cincin kepada Farah

Mengimbau kembali detik perkenalan pasangan ini, Farah menyatakan bahawa beliau mengenali Amirul melalui rakan baiknya, Izara Aishah yang turut merupakan seorang pelakon. Oleh kerana sikap Amirul yang penyabar dan pandai mengambil hati keluarga menyebabkan Farah tertarik padanya.

Menerusi akaun Instagram, Farah berkongsi gambar-gambar sekitar Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung pada hari ini. Majlis Khatam Al-Quran ini dijalankan sekali bersama suaminya, Amirul serta adik-beradiknya. Farah kelihatan begitu cantik dan berseri dengan persalinan berwarna putih.

” Majlis Khatam of Mohamed Amirul Yunus & Farah Nabilah & siblings “

Rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada pasangan ini dan mendoakan yang baik-baik. Antara komen-komen mereka :

” Cantiknya.. “

” Bagus farah nabila.. “

” May you guys happy until forever.. “

” Bagus nyaa sejuk hatiii.. “

” Alhamdullillah. kedua dua pengantin pandai baca alquran (berkhatam) “

” Cantiknya Farah. Didoakan semoga sentiasa dilindungi Allah SWT dan kekal bahagia hingga ke Jannah.. “

” Allahu Akbar. Bgusnya sama sama khatam. Semoga perkahwinan fawaa dn amirul sentiasa dlm lindungan Allah .. “

Lagi gambar-gambar sekitar majlis khatam Al-Quran yang dikongsikan di akaun Instagram Farah :

Bagaikan pinang dibelah dua Farah dan suaminya, sama cantik dan sama padan bak kata pepatah. Kami di Berita Kopak mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada Farah Nabilah dan Amirul. Semoga mahligai yang dibina ini kekal sehingga akhir hayat dan dikurniakan zuriat yang comel-comel.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Farah Nabilah by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..