” Pretty boy, happy birthday. Senyumannya tak ubah macam Lisa.. ” – Netizen

Gambar-Gambar Sambutan Ulangtahun Kelahiran Anak Kedua Datin Lisa Surihani, Yusof Leonne Yang Ke 5 Tahun. Alahai Dah Besar Dah Yeop, Comel Je Nama Timangan Yeop Lagi Satu Tu !!

Diam tak diam, sudah 5 tahun usia anak kedua Datin Lisa Surihani dan Dato’ Yusry Abdul Halim iaitu Yusof Leonne. Meninjau akaun Instagram Datin Lisa Surihani, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan mereka menyambut hari lahir Yusof di rumah.

Bagi peminat Datin Lisa pastinya mengetahui setiap anak-anaknya mempunyai nama timangan manja mereka di rumah. Jika si sulung Yahaira dipanggil Yong, Yusof pula digelar sebagai Yeop atau Kintan oleh Datin Lisa.

Dapat dilihat dari gambar-gambar tersebut, 2 biji kek disediakan untuk birthday boy ini. Memandangkan Yusof peminat dinasour, maka kedua-dua keknya ini juga ditempah mengikut tema dinasour.

Tidak perlu sambutan besar-besaran, diraikan secara sederhana sebegini sudah membuatkan Yusof tersenyum gembira. Peminat juga tumpang gembira dan seronok melihat kebahagiaan Datin Lisa bersama suami dan anak-anak tersayang.

Jom baca perkongsian di bawah :

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )

 

Baru beberapa jam sahaja dikongsikan, posting oleh Datin Lisa ini telahpun mencatatkan lebih 50 ribu tanda suka daripada peminat. Antara komen-komen mereka :

” Bahagia tengok lisa sekeluarga. akak mengikuti kehidupan lisa dari zaman lisa anak dar4 lagi .. masa indah korang tengah bercinta hingga lah lahir taman Syurga semuga kau sekeluarga kekal abadi di dalamnya hingga ke Jannah tul Firdausi.. “

” Happy birthday little boy kintan .. anak mummy and daddy have a blessed birthday. Cantiknya keluarga ni. semoga berbahagia selalu.. “

” Pretty boy, happy birthday. Alhamdulillah selamat hari lahir handsome boy, wah happy family.. “

” Alhamdulillah.. such a lovely family. Happy blessed birthday to you my dear. Stop ittt. Not allowed to grow anymore.. “

” Suka tgk family ni.. moga bahagia dunia akh1rat. Happy birthday kintan mummy, Lisa you are the best mommy ever.. “

” Alhamdulillah sejuknya mata tengok family ni. Happy birthday little boy. Senyumannya tak ubah macam Lisa.. “

” Alwayz adore this family. Happy Birthday little kintan mummy.. semoga jadi ank mummy daddy yg soleh… Aamiin.. “

” Nampak kasih dan sayangnya seorang anak pada sang ibu. Sejuk mata memandang cara Yeop kuc0p Lisa tu. Penyayang macam Lisa juga.. “

Alhamdulillah, mempunyai anak-anak yang comel sebegini juga satu nikmat rezeki daripada Allah. Selamat hari lahir Yusof Leonne daripada kami di Berita Kopak. Semoga Yusof sentiasa dalam lindungan Allah dan menjadi anak yang soleh buat kedua ibu bapa.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Lisa Surihani

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..