” Lawak tengok Faz tergelak besar lepas tahu nama adik tu, haha.. ” – Netizen

Video Reaksi Fazura Setelah Bertemu Dengan Seorang Kanak-Kanak Yang Bernama ‘Fattah Amin’ Buat Peminat Terhibur. Alahai Comel Lah Fattah Amin Junior Ni, Kacak !!

Apa sahaja mengenai selebriti Nur Fazura dan suaminya, Fattah Amin memang sering mendapat perhatian warganet. Malah sekarang bukan pasangan ini sahaja, bahkan anak mereka Nur Fatima Aisya turut menjadi perhatian dan mempunyai ramai peminat.

Jika meninjau di Instagram, banyak akaun fans pasangan ini telah diwujudkan oleh peminat untuk berkongsi perkembangan mereka buat tatapan umum. Begitu juga yang telah dikongsikan di akaun Fazurafave, yang memuatnaik satu video terbaru mengenai Fazura.

Difahamkan video tersebut diambil ketika Fazura berada di sebuah mall di negeri Kelantan semasa sesi bertemu para peminatnya. Namun yang mencu1t hati dalam video itu adalah reaksi Fazura ketika bertemu dengan ‘Fattah Amin’ junior di sana.

Kedengaran dalam video, Fazura telah bertanyakan nama kepada kanak-kanak tersebut. Selepas mendengar kanak-kanak itu menjawab namanya adalah ‘Fattah Amin’, kelihatan Fazura cuba menahan ketawa, namun akhirnya Fazura tertawa juga.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen pula, peminat turut terhibur setelah menonton video Fazura bertemu adik Fattah Amin ini. Antara komen-komen peminat adalah :

” Mau adik Fattah tu tak cuci pipi sebulan, Kak Faz usap pipi dye, so sweet . Boleh jadi bakal menantu ni, hehe kacak.. “

” Lawak tengok Faz tergelak besar lepas tahu nama budak tu, terus ingat suami, haha. Comel lah Fattah Amin junior ni.. “

Alahai comel lah tengok reaksi Fazura, mesti Fazura pun tak sangka nak dapat jumpa Fattah Amin junior di Kelatan. Sehingga kini, perkongsian video tersebut telah mendapat ratusan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Tahun lalu, penampilan terbaru Fazura telah mencur1 perhatian umum setelah dirinya tampil berhijab. Malah rakan-rakan artis dan para peminat memberikan sokongan dan mendoakan yang baik-baik buat Fazura.

Sumber : IG Fazurafave, Nur Fazura

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..