” Penyejuk jiwa Ayya Soffya.. “
Wawa Zainal Kongsi Video Photoshoot Anaknya, Ayya Soffya Yang Begitu Comel. Wah, Lebat Sungguh Rambut Soffya !!
Pasangan selebriti iaitu Wawa Zainal dan Aeril Zafril sering mendapat perhatian di media sosial kerana sikap romantik dan kemesraan yang mereka tunjukkan. Keserasian mereka dapat dilihat melalui video-video yang dikongsi di akaun Instagram masing-masing.
Walaupun mereka berkahwin secara rahsia pada tahun 2013, namun kini tiada rahsia lagi di kalangan peminat. Perkahwinan mereka ini dikurniakan tiga orang orang anak iaitu seorang lelaki bernama Attar dan dua orang perempuan bernama Hayla dan Ayya Soffya.
Pasangan ini kini merupakan jutawan kosmetik selepas tiga tahun membina empayar dan kini mereka mampu tersenyum dengan kejayaan Wawa Kosmetik. Wawa kini lebih menumpukan dalam bidang perniagaannya dan terpaksa melupakan sementara bidang lakonan.
Menerusi akaun Instagram, Wawa memuatnaik video photoshoot anaknya bersama set Wawa Kosmetik miliknya. Wah, hebat sungguh strategi pemasaran Wawa menggunakan nama anaknya dan menjadikan anaknya sebagai model produk tersebut. Comel sangat Soffya.
Tonton video di bawah :
” Penyejuk jiwa @ayyasoffya . Set soffya last batch da ready stok .. “
Rata-rata netizen tertarik dengan rambut Ayya Soffya yang begitu lebat. Antara komen-komen mereka :
” Lebatnya rambut.. Indahnya ciptaan Allah.. “
” Muka Soffya sebijik mcm kakaknya.. “
” Alahai.. Sejuk mata memandang.. “
” Comel dan lebat rambutnya… “
” Banyaknya rambut.. Rambut palsu ke tu.. “
Alahai, comel sangat Ayya Soffya ni sama seperti kakaknya, Hayla terutamanya pada bahagian mata. Cantik sangat prop yang digunakan untuk photoshoot tersebut. Semoga Ayya Soffya membesar dengan sihat dan bijak serta menjadi anak yang solehah di dunia dan akhirat.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Wawa Zainal, Aeril Zafril by Berita Kopak / Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..