” Alahai ingat Dato Siti tadi.. “

MUA Bellaz Dendang Lagu Mengantuk Mumia Versi Suara Datuk Siti Nurhaliza Buat Peminat Terhibur. Sedapnya Suara Sebijik Sama !!

MUA Bellaz atau nama sebenarnya Nur Nabila binti Zulyadaini bukan nama asing. Terkenal dengan hasil solekan nya yang kemas dan cantik, nama Bellaz mula dikenali apabila tular video tutorial make up nya di media sosial. Kepetahan Bellaz dan kepetahan nya membuatkan semua video Bellaz diminati ramai.

Wanita cantik berasal dari Tanjung Dawai Kedah ini mempunyai wajah yang unik dan hidung yang mancung kerana mewarisi kacukan Turki-Melayu dari ibu dan bapanya. Menyingkap sejarah penglibatan Bellaz sebagai make up artis, beliau yang hanya surirumah sepenuh masa suatu ketika dulu menggunakan masa yang terluang dengan mengambil tempahan make up pengantin dan model.

Kerana kehalusan seni make up nya itu, nama Bellaz meningkat naik di dalam dunia make up. Walaupun tanpa sejarah pendidikan yang tinggi, Bellaz akhirnya berjaya mengasaskan Bellaz Beauty Sdn Bhd. Hasil usahanya yang gigih disamping bakatnya yang besar membuatkan Bellaz kini menjadi rebutan artis dan model seluruh negara.

Menerusi akaun Instagram, Bellaz memuatnaik satu video dimana beliau menyanyikan lagu popular kanak-kanak Didi & Friends iaitu Mengantuknya Mumia tetapi dalam versi suara Datuk Siti Nurhaliza. Sekali dengar memang sama suara dan lenggok nadanya. Betul-betul menghibur hingga wajib diulang video ini berkali-kali.

Jom tengok video di bawah :

” HHAHAHAHAH MENGANTUKKKKKK.. “

View this post on Instagram

HHAHAHAHAH MENGATUKKKKKK….

A post shared by MUABELLAZ (@muabellaz) on

Rata-rata peminat nyata terhibur dengan dendangan dari Bellaz ini. Antara komen-komen peminat :

” Bellaz ni kalau jadi pelakon. Memang meletop habih.. “

” Alahai ingat dato Siti tadi.. “

” Hahahahahahah cutee jadi pulak tuuu.. “

” Suara macam dato ct sebijik.. “

” Suara copypaste @ctdk. Love sangatt kak bellazzz.. “

” Kami ulang dengaq banyak kaliiiiii.. “

” Eh eh eh ehhhhhh macm ku kenal suara itu…. Tapii love you kak bellaz.. “

” Dato siti no 2 wuihhh.. “

” Adoooiii… Kelakaq lah kak Bella nie sedap sore macam tok ti.. “

” Hahahaha bangun-bangun pagi terhibur tengok bellaz hahahha.. “

Terhibur betul tengok lagak dari MUA Bellaz ni. Dengan wajahnya yang cantik, dendangkan apa sahaja lagu pasti kedengaran sedap di telinga. Bab mengajuk suara Datuk Siti Nurhaliza memang menjadi, sangat-sangat serupa. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat maju jaya buat Bellaz dan semoga rezeki Bellaz dilimpahi setinggi gunung di masa hadapan.. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG MUA Bellaz by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..