” Untungnya tunang macam kahwin.. “

Video Majlis Pertunangan Elly Mazlein Yang Gilang Gemilang Menarik Perhatian Netizen. Wow, Mewahnya !!

Selepas dirisik oleh kekasihnya pada 19 oktober yang lalu, Elly Mazlein tidak menunggu lama untuk melangsungkan pertunangan yang berlangsung pada hari ini. Majlis pertunangan yang begitu gilang gemilang ini sememangnya merupakan impian Elly dan bakal suaminya.

Sejak beberapa hari lalu, Elly sibuk membuat persiapan majlis pertunangannya yang turut beliau kongsikan di akaun Instagramnya. Beliau turut menjemput Indah Ruhaila dan Siti Sarah untuk membuat persembahan di majlisnya itu. Manakala untuk perancang perkahwinan Elly menggunakan khidmat Reka Teemor.

Elly pernah berkahwin dengan pengarah bernama Azmi Hatta pada 9 November 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Puteri Sara Sefhia. Mereka bercer4i pada 15 Oktober 2015. Elly mula berkenalan dengan bakal suami, Azlan pada Ogos tahun lepas dan mula serius awal tahun ini.

Menerusi akaun Instagram, satu video upacara menyarung cincin di majlis pertunangan dikongsi untuk tatapan para peminat Elly Mazlein. Video yang berdurasi tidak sampai seminit menunjukkan majlis pertunangan beliau yang begitu gilang-gemilang.

Tonton video di bawah :

” Tahniah Kak Lina Pom Pom yang sudah bergelar tunangan orang.. “

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan menyangkakan ia merupakan majlis kahwin kerana kemeriahan majlis tersebut. Antara komen-komen mereka :

” Untungnya tunang macam kahwin.. “

” Tahniah Kak Lina. Moga till jannah.. “

” Baru tunang ke.. Ingat dah majlis kahwin.. “

” Tahniah .. Bertunang baru.. Ingat nak kahwin dah.. “

” Aku ingat dah kahwin sia… Hahaha.. “

” Let0p kak Lina.. Nanti majlis kahwin mesti let0p kebab0m.. “

” Baru nak bertunang ke.. Wow, meriahnya mcm majlis kahwin.. “

Wah, sememangnya meriah majlis pertunangan Elly dengan dekorasi yang begitu indah. Pakaian Elly juga turut melet0p cantiknya. Kami di Berita Kopak mengucapkan tahniah kepada Elly Mazlein dan pasangan. Semoga dipermudahkan urusan menuju ke majlis perkahwinan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Elly Mazlein, Media Hiburan, Jimmy Couture by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..