” Penyanyi sebenar Comel Pipi Merah. Nak ganti ibu ya Aafiyah.. “
Siti Aafiyah Buat Cover Lagu Dato’ Siti Nurhaliza. Sedapnya Suara Aafiyah. Part Geleng-Geleng Kepala Tu Alahai Ger4m !!!
Sebut sahaja nama Siti Aafiyah Khalid, pasti semua akan membayangkan wajah comel anak kecil ini. Aafiyah merupakan anak kepada penyanyi tersohor negara, Dato’ Siti Nurhaliza dan pasangannya Datuk Seri Khalid Jiwa. Dilahirkan pada Mac 2018, Aafiyah kini berusia 2 tahun.
Nama Aafiyah dipilih menjadi permata hati pasangan ini semperna maksudnya yang indah iaitu perlindungan Allah. Aafiyah yang dinanti-nantikan setelah 11 tahun melayari alam rumahtangga menjadi pengubat hati Dato’ Siti dan Dato’ Khalid. Aafiyah seorang kanak-kanak yang mudah dijaga kerana tidak mempunyai ragam sejak dari bayi lagi.
Dan kerana sikapnya itu membuatkan Dato’ Siti sering membawa Aafiyah kemana sahaja mengikutinya samada semasa konsert mahupun majlis keraian. Sering mendengar ibunya menyanyi sedikit sebanyak membuat Aafiyah terikut-ikut lenggok dan gaya ibunya itu.
Menerusi akaun Instagram Aafiyahkhalid, telah dikongsikan satu video di mana kelihatan Aafiyah sedang mendendangkan lagu popular yang dicipta khas untuknya dahulu berjudul Comel Pipi Merah. Comel betul part ting tang ting dialunkan Aafiyah. Ada bakat jadi pengganti Tok Ti ni.
Jom tonton video di bawah :
” Penyanyi sebenar Comel Pipi Merah.. “
Rata-rata netizen terhibur melihat telatah Aafiyah itu. Antara komen-komen netizen :
” Makin pandai afiyah sayang.. “
” Comel dan cerdik lah aafiyah ni.. “
” Sedapnya suara afiyyah.. “
” Pandainya afiyah .. Bijak.. “
” Amboiiii aafiyah pandai nya nyanyi… Terhibur lah tengok aafiyah ni.. “
” Ya Allahhh comel nya!!!! Nak jadi menantu tokti.. “
” Pandai cam mak dia.. “
” Comey nyer nyanyi….. “
” Rasa nak cub1t-cub1t je pipi merah ni…. “
” Nak ganti ibu ya Aafiyah.. “
Pandainya Aafiyah ber tang ting tang ting. Gaya comel memang tak pernah kalah Aafiyah ni. Dah ada bakat untuk ganti Tokti nampaknya. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Aafiyah membesar menjadi anak yang solehah buat kedua ibu bapanya dan moga jadi pelapis Tokti yang tersohor nanti.. Aamin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Aafiyahkhalid by Berita Kopak & Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..