” Woww.. Bukan biashe biashe hantaran diaaaaaaaa !! “

Elly Mazlein Kongsi Gambar Barang Hantaran Buat Bakal Suami. Untunglah Papa Awan Nano Dapat Minah Absolutely Correction..

Pelakon dan pengacara, Elly Mazlein kini sudah bergelar tunang kepada pasangannya, Mohamad Azlan pada 17 Disember 2019, yang diadakan secara tertutup dan telah dihadiri oleh keluarga terdekat kedua belah pihak serta rakan media. Hampir 200 tetamu yang hadir dihiburkan dengan persembahan penyanyi Indah Ruhaila dan Siti Sarah.

Di majlis itu juga, pihak lelaki menghantar lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak Elly. Majlis pertunangan itu disempurnakan oleh ibu Azlan, Zaiton Abdullah yang menyarungkan cincin di jari manis penyanyi lagu Atas Nama Cinta itu. Elly dan Azlan berkenalan pada Ogos tahun lalu sebelum majlis merisik berlangsung pada 19 Oktober lalu.

Elly bakal dijabkabulkan dengan Azlan pada 17 Januari ini dan dalam bulan sama akan turut berlangsung majlis berinai, majlis resepsi serta majlis menyambut menantu di Kuala Krai, Kelantan. Elly yang masih belum berkongsi wajah tunangnya akan menunjukkan wajah bakal suaminya itu pada majlis berinai yang akan berlangsung nanti.

Menerusi perkongsian di instagram, Elly yang kini sedang menanti hari untuk bergelar ratu sehari sedang sibuk menguruskan persediaan mencari barang hantaran untuk bakal suaminya. Dengan penuh kasih sayang, sebelum ini, Elly juga telah menghadiahkan sebuah motorsikal kuasa tinggi untuk tunangnya.

Ikuti perkongsian Elly di bawah :

” Tq Team @gucciklcc layanan no 1 in the world absolutely correction this want totally confidently confirm camtoooo haaaaa. Brg hantaran utk papa #AwanNano.. “

” Bile ckp dgn papa yg kepom da blikan brg hantaran, papa #AwanNano terus ckp, Buat susah2 je mama .. agitchuuuuuu. 18 January 2020 Tik Tok Tik Tok.. @rekateemor @putraworldtradecentre pommmm.. “

Rata-rata peminat turut berkongsi rasa gembira dan mengucapkan tahniah kepada Elly. Antara komen-komen tersebut :

” Alhamdulillah smoga dpermudahkn next yer Kak Lina.. “

” Wahh u look so happiness back to the future.. “

” Huntung lah papa.. Masuk class goegrafi bawa beg gucci.. “

” Wowwwww Gucci … Absolutely Correction mommey .. “

” Lett0ppppo… Tahniah sis @iamellymazlein Smoga d permudahkan segala urusan.. “

” Kak kepom very the efficiency fast fast like rocket high.. “

” Wow bukan biashe biashe hantaran diaaaaaaaa !.. “

Woww !! Gucci beb .. Semestinya akan pilih yang teristimewa buat yang tersayang. Bahagia melihat Kak Lina Pom Pom kita sekarang, dah tak berapa hari lagi nak bergelar isteri orang. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga segala urusan Kak Lina dipermudahkan. Amin. Tak Sabar Nak Tengok Kak Lina Kahwin..

Silakan SHARE.

Sumber : IG Elly Mazlien by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..