” Pengantin lama pun seri kahwin masih ada lagi tu.. “
Rizman Nordin K0ngsi Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Adik Lelaki Beliau Bersama Anak Dato’ Seri Azmin Ali, Tarik Perhatian Ramai..
Siapa tidak kenal akan jenama Rizman Ruziani, mereka berdua adalah antara jenama fesyen yang tersohor di Malaysia dan sentiasa menjadi pilihan selebriti tanah air. Menggabungkan dua nama sebagai penjenamaan, Rizman Ruzaini mula mendapat tempat di hati selebriti tanah air.
Dengan mencipta rekaan mewah yang dihasilkan, setiap kali berlangsungnya anugerah untuk industri seni Malaysia, pastinya mereka adalah antara yang paling sibuk untuk menghasilkan baju-baju yang cantik untuk dipakai oleh selebriti terkenal.
Paling menarik, Rizman Nordin mungkin anda masih ingat akan imej dan penampilan beliau beliau ketika dahulu. Dengan fesyen feminin dan bentuk badan yang gemp4l, kini beliau sudah menjadi seorang lelaki yang macho dan maskulin.
Rizman juga telah menamatkan zaman bujang beliau dengan seorang ahli perniagaan iaitu Nurida Suraya pada 13 September 2019 yang lalu. Dengan sekali lafaz pasangan ini telah sah menjadi suami isteri dan majlis akad nikah telah diadakan di ruang acara Glasshouse Seputeh, Kuala Lumpur yang dihadiri teman-teman dan rakan selebriti.
Menerusi instagram, Rizman telah berkongsi beberapa gambar sekitar majlis penikahan adik lelaki beliau pada 13 Disember 2019 bersama anak Dato’ Seri Azmin Ali yang juga merupakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi. Majlis yang penuh dengan suasana eksklusif yang bertemakan bunga sangat menarik perhatian yang menghadiri majlis tersebut.
Baca perkongsian Rizman dibawah :
” Pengantin Baru & Pengantin Lama #chewah congratulations @farahafifah & @07_sheikh #fifasboys.. “
Rata-rata nentizen juga telah memberikan tentang majlis tersebut. Turut menjadi perhatian netizen adalah gambar keluarga Rizman. Antara komen-komen tersebut :
” Segak uncle and auntie @za_nanny.. “
” Kurus dan ensem, terbaek.. “
” Lawa g1laaaaa.. Every night pandang muka lawaaaa.. “
” Cantik pulak baju tateh tu .. boleh buat raya 2020 nt cmtu.. “
” Semoga terus sweet dan bahagia sampai ke jannah.. “
” Pengantin lama pun ada seri juga.. “
Di bawah ini kami di Berita Kopak kongsikan dengan anda beberapa gambar sekitar majlis tersebut :
Wah cantik sungguh suasana majlis tersebut. Yang menjadi perhatian adalah baju keluarga pasangan pengantin yang nampak ringkas dan menarik. Kami dari Berita Kopak dengan ini mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat adik rizman serta pasangannya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Rizman Nordin by berita Kopak & Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..