” Comel sangat Eidrees ni, sekali tengok macam watak kartun Nusa dan Rara tu la.. “

Anzalna Nasir Kongsi Gambar Terbaru Anaknya, Mohamad Eidrees Mencairkan Hati Netizen. Ya Allah, Comel Sangat !!

Pelakon dan model cantik iaitu Nur Anzalna Md Nasir atau lebih dikenali sebagai Anzalna Nasir dahulunya merupakan salah seorang finalis Dewi Remaja 2009/2010. Beliau bersama-sama dengan Neelofa, Izara Aishah, dan Syatilla Melvin menyertai pertandingan tersebut.

Anzalna merupakan anak kedua daripada lima adik- beradik yang kesemuanya perempuan. Majoriti adik-beradiknya turut melibatkan diri dalam dunia seni iaitu kakaknya, Diana Nasir dan adiknya, Afifah Nasir. Anzalna memiliki dar4h kacukan  Melayu, Cina ,Pakistan dan Bugis. Bapanya berketurunan Cina manakala ibunya berketurunan Pakistan.

Anzalna telah berkahwin dengan teman lamanya yang juga seorang ahli perniagaan, Hanif Zaki pada tahun 2016. Anzalna dan suami, Hanif dikurniakan cahaya mata lelaki yang bernama Mohamad Eidress pada 31 Mei 2019 setelah dua tahun mendirikan rumah tangga.

Menerusi akaun Instagram, Anzalna berkongsi gambar anaknya, Mohamad Eidrees memakai jubah berwarna putih. Menurut Anzalna, jubah tersebut dibelikan oleh nenek Eidrees dari Makkah. Alahai, comelnya Eidrees pakai jubah dan kopiah. Melting !!

Salam jumaat.. @mohamadeidrees dah siap nak pergi solat jumaat. Awal siap sebab nak tolong Pak imam bentangkan sejadah. Hari yang mulia ni Eidrees ada buat giveaway / nak sedekah barang dia. Siapa cepat dia dapat! “

” Hanya untuk follower @mohamadeidrees sahaja. Thank you follow Eidrees walaupun mommy sejenis malas nak update.  Thank you grandma belikan jubah di Mekkah. Daddy tak perlu pandang camera! Tau kenapa kan? “

Rata-rata netizen ger4m melihat kecomelan Eidrees. Antara komen-komen mereka :

” Copy paste nya dua org ni .. “

” Sory cakap Anzalna… eidrees memang sebijik daddynya… tp dia beuntung ada mummy cantik macam awak.. “

” Tahu sebab muka eid copypaste muka daddy.. “

” Makin besar makin copypaste eidrees ni dgn daddy dia…. comell.. “

” Comel sgt2 Eidrees ni skali tengok mcm katun Nusa dan Rara tu la. Comel soleh bijak ni .. “

” Putih melepak. Klu dpt baby gurl pulak x tau la mcm mane cantik dia .. “

” Siapa yg pakai kopiah tu… Eidress ke daddy.. “

Sememangnya betul apa yang dikatakan netizen bahawa Eidrees seiras sangat dengan daddy nya terutamanya bahagian mata. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Eidrees membesar dengan sihat dan bijak. Semoga menjadi anak yang soleh di dunia dan akhirat. Aminn..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Anzalna by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..